• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Tetapkan Pakej Haji Paling Murah RM20K

oleh
07/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Ketika Malaysia menetapkan kos bayaran ibadah haji masih lagi kekal RM9,980 untuk jemaah muassasah kali pertama, lain pula situasi di negara jirannya yang jauh lebih tinggi.

Media tempatan melaporkan harga pakej-pakej haji yang diluluskan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mulai tahun ini antara sekitar S$7,000 (RM20,733) untuk termurah dan S$18,465 (RM54,691) bagi paling mahal.

Lebih perit, kadar siling tersebut bagaimanapun belum lagi termasuk harga tiket kapal terbang ulang alik dan cukai nilai tambah (VAT) yang dikenakan pemerintah Singapura sendiri, dedah MUIS dalam kenyataan media hari ini.

Ini berbeza harga pada tahun lalu, pakej paling rendah ditetapkan oleh MUIS ialah sebanyak S$6,215 (RM18,408) tetapi pakej termahal pada tahun ini agak sedikit murah berbanding 2017 lalu berharga S$18,632 (RM55,185).

Tahun ini, 30 jenis pakej ditawarkan untuk jemaah haji Singapura serta harganya sudah termasuk VAT sebanyak lima peratus dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan oleh kerajaan Arab Saudi sejak 1 Januari lalu.

Namun dalam kenyataannya, MUIS menyatakan bahawa “sungguhpun ada VAT, kesemua harga kekal stabil dan bersaing” serta menasihatkan bakal jemaah menilai dengan “berdasarkan kemampuan dan keperluan individu”.

Baca: Kos Haji Jemaah Indonesia Naik Mulai Tahun Ini

Juga: Algeria Semak Kos Haji Ekoran Cukai Saudi

Mereka juga dinasihatkan supaya jangan membuat sebarang pembayaran kepada ejen haji sehinggalah mendapat surat pengesahan daripada pihak MUIS bahawa mereka terpilih dalam kuota untuk mengerjakan haji tahun ini.

Lima ejen pelancongan indvidu Islam dan tujuh konsortium ejen pelancongan Islam hasil pembentukan daripada 23 ejen persendirian sudah dilantik secara rasmi oleh pihak MUIS untuk menawarkan pakej haji pada musim 2018 ini.

MUIS dalam pada itu menyatakan ia sedang dalam proses untuk memaklumkan para jemaah yang termasuk dalam senarai kuota rasmi 800 orang, agar mereka dapat mengorak langkah memilih pakej haji pilihan masing-masing.

Secara keseluruhannya, daripada 30 pakej haji yang diluluskan, 10 pakej menawarkan perjalanan pendek antara 13 hari dengan 22 hari sahaja. Hanya dua pakej menawarkan tempoh panjang, iaitu antara 32 hari hingga 35 hari.

Secara congak purata menurut kenyataan MUIS, pakej haji pada musim 2018 ini adalah berharga sekitar S$11,500 (RM34,061) tanpa mengambil kira faktor tiket pesawat dan kadar cukai semasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiHajiSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd