• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Pun Turun Kadar Tol Linkedua Mulai 1 April

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) mengumumkan bermula 1 April, bayaran tol untuk semua kenderaan (kecuali motosikal) bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas akan dikurangkan lebih daripada 85 peratus di luar waktu puncak dari 10 pagi hingga 3 petang dan 11 malam hingga 5 pagi setiap hari.

Bagi kereta yang menggunakan laluan keluar dan masuk Singapura melalui pusat pemeriksaan itu hanya perlu membayar kadar tol S$1.30 semasa waktu puncak manakala kenderaan perdagangan ringan (S$1.50), kenderaan berat (S$2), teksi (S$1) dan bas (S$1.50).

Bagaimanapun, kadar bayaran tol di Pusat Pemeriksaan Woodlands tidak berubah.

Pada waktu puncak dari 5 pagi hingga 10 pagi dan 3 petang hingga 11 malam, kadar tol bagi kereta S$2.50, kenderaan perdagangan ringan (S$5.60), kenderaan berat (S$11.30), teksi (S$1.90) dan bas (S$3.00).

Sementara itu Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan berkata republik itu akan menyesuaikan kadar tol di Linkedua selepas Malaysia mengumumkan pengurangannya semalam.

“Ini akan berkuat kuasa mulai 1 April 2018. Diharapkan ini akan menggalakkan pengguna jalan raya beralih daripada tempoh waktu puncak,” catatnya dalam akaun Facebook lewat Jumaat.

Khaw berkata kedua-dua perdana menteri, Malaysia dan Singapura telah membincangkan mengenai mengurangkan masalah kesesakan di Tambak Johor pada Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura bulan lepas.

“Mengurangkan tol di Linkedua adalah satu daripada cadangannya. Pelaksanaannya telah disegerakan. Malaysia baru sahaja mengumumkan kadar tol di Linkedua akan dikurangkan di luar waktu puncak,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam berkata levi kenderaan komersial di Linkedua dikurangkan kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk ke Malaysia mulai 13 Februari, berbanding kadar antara RM100 hingga RM200 ketika ini.

Caj tol di luar waktu puncak bagi Linkedua iaitu antara 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi untuk semua kenderaan kecuali motosikal juga dikurangkan antara 47 peratus hingga 82 peratus mengikut kelas kenderaan.

Khaw berkata untuk mengurangkan kesesakan di laluan Tambak Johor, kedua-dua negara juga bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk meningkatkan kekerapan Shuttle Tebrau daripada 26 perjalanan kepada 31 perjalanan sehari bermula 13 Februari, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Dengan langkah ini, kami yakin ia akan dapat memberi laluan trafik yang lebih lancar,” catatnya. – BERNAMA

Tags: LinkeduaSingapuraTol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd