• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Seludup Migran Rentas Sempadan Tumpas

oleh AK-47
11/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket penyeludupan migran rentas sempadan yang aktif di Melaka dengan menahan 13 orang dalam satu operasi bersepadu awal pagi tadi di sekitar Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata mereka yang ditahan ialah seorang lelaki warga Indonesia yang bertindak sebagai tekong darat di Indonesia, seorang lelaki penduduk tetap dan seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai ‘transporter’ (pengangkut) manakala yang lain adalah orang yang diseludup masuk.

“Turut disita ialah dua kenderaan persendirian jenis sedan dan MPV, dua teksi serta wang tunai dianggarkan berjumlah RM30,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafar berkata serbuan itu dilakukan hasil perkongsian maklumat perisikan antara agensi secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berkaitan sindiket penyeludupan migran yang aktif di kawasan Mukim Padang Temu, Melaka.

Semalam, katanya JIM telah menggempur kawasan sama melibatkan tapak pembinaan yang hampir dengan persisiran pantai dan dikenal pasti sebagai ‘port’ transit pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk masuk dan keluar ke negara ini secara haram melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

Mustafar berkata hasil siasatan mendapati tekong darat menggunakan kenderaan persendirian dan teksi untuk menguruskan penghantaran PATI ke sekitar Lembah Klang dengan tujuan mengaburi pihak penguat kuasa.

“Sindiket ini disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket dan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang mengurus kemasukan warganegara Indonesia dan Bangladesh ke Malaysia di sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor,” katanya.

Beliau berkata kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Putrajaya, dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar Aliditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd