Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Hazama Dihentam Pakai Baju...

SEMALAM bermulanya persaingan program realiti Mentor Milenia yang mempertaruhkan mentor Akim, Hazama, Black...

Pelajar Sekolah Rendah Banggakan...

KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia dari Sekolah Antarabangsa HELP Selangor, Alyssa Wong Xin...

Kerajaan Selepas PRU15 Perlu...

KUALA LUMPUR: Kerajaan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) digesa mengamalkan pendirian...

Hujan Tidak Halang ‘Ekor’...

KUALA LUMPUR – Hujan lebat tidak menghalang ratusan penyokong hadir di Dataran Merdeka...

Shiera Minta Fattah, Fazura Tegur Sikap Peminat

PELAWAK dan hos terkenal, Sharifah Shahirah (Shiera) meluahkan rasa kesal apabila tindakan berkongsi gambar kenangan perkahwinan dengan suami, Ijoy disalah anggap oleh segelintir peminat Fattah dan Fazura.

Pihak terbabit mendakwa tindakan Shiera memuat naik gambar kenangan berkenaan berikutan tidak mendapat jemputan ke majlis resepsi persandingan pasangan sensasi itu.

Namun begitu, perkara tersebut nampaknya telah diselar oleh Shiera dan kecaman itu didedahkan oleh pelawak wanita itu menerusi sebuah entri di Instagram miliknya pada Selasa.

“Macam ni ya peminat Fazura dan Fattah, saya bukan minta simpati sekadar ingin berkongsi. Tapi tak pasal-pasal aku kena maki sebab throwback gambar kahwin.

“Sayangnya anak-anak sekarang. Nak bagi tahu Allah boleh tarik apa yang kita ada bila-bila. Jangan benci kami sangat,” tulis Shiera.

Oooo macamni ye peminat fazura dan fattah Saya bukan mintak simpati Tapi nak share..peminat ni Tak pasal pasal aku kena maki sbb throwback gambar kawin Sayangnya anak anak sekarang Memang sure korang ckp jgn layan Tapi nak bagi tau Allah boleh tarik apa yg kita ada Bila bila… Jangan benci kami sangat Ada cara lain bila menaip Tetiba pm tepi…waa dapat perhatian adik ni Sabar yek .dik Cer baca selak sebelah Dia kata tak hina saya… Tu dia tulis tak hina ..tapi menganjing rasanya Tetiba Wedding lapuk tu tak hina ye Oooooo org sekarang Fanatik betul ekkk… Sampai hina org lain takde kena mengena Aku tak buat apa pun Dgn dia @mirhana_55 Sapa peminat fazura fattah mungkin taksemua mcam ni tapi fattah dan fazura kalau ada party dgn fan tolong Nasihat skit…yg beriya…ni

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Sehubungan itu, Shiera meminta agar Fattah dan Fazura dapat menegur tindakan peminat mereka yang terlalu fanatik itu.

“Siapa peminat Fattah Fazura? Mungkin tak semua macam ni tapi Fattah Fazura kalau ada party dengan peminat tolong nasihat sikit yang beria ni,” katanya.


Pelakon, Fattah dan Fazura.

Terdahulu, Shiera telah memuat naik beberapa keping foto memaparkan majlis perkahwinannya dengan Ijoy bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11 dan Audrra, 9 tahun.

Untuk rekod, Shiera juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Allisya yang kini berusia 19 tahun hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori