• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesat Di Gunung Pulai, Operasi SAR Diteruskan

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua warga Singapura yang dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat di Gunung Pulai, di Kulai, sejak semalam, diteruskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt. Dzulkhairi Mukhtar berkata operasi SAR itu melibatkan 28 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihak polis dan Jabatan Perhutanan negeri.

“Kumpulan pertama melibatkan tujuh anggota bomba, yang melakukan pencarian sejak 2 pagi tadi sehingga sekarang manakala pasukan kedua terdiri daripada anggota bomba dan perhutanan yang memulakan pencarian sejak 9.45 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setakat 11 pagi tadi, kedua-dua mangsa yang merupakan seorang lelaki dan seorang wanita masih belum ditemui.

Semalam, dua warga Singapura yang belum dikenal pasti identiti itu dilaporkan sesat di hutan berkenaan kira-kira pukul 5.55 petang. – BERNAMA

Tags: Sesat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Tapir Sesat Dalam Kawasan Perumahan Di Rembau

Dua Tapir Sesat Dalam Kawasan Perumahan Di Rembau

09/03/2025
0

REMBAU - Tular video dua ekor tapir didakwa dilihat berkeliaran di sebuah taman perumahan di Taman Mawar Ehsan Pedas di...

Terengganu Putuskan Kepercayaan, Ajaran GISBH Sesat

Terengganu Putuskan Kepercayaan, Ajaran GISBH Sesat

20/09/2024
0

KUALA TERENGGANU : Terengganu mengikut jejak Perlis apabila memutuskan untuk menfatwakan kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd