• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seminggu Siasatan Kes Kebakaran Bangunan KWSP

oleh AK-47
14/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Laporan penuh siasatan kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing di sini dijangka siap dalam tempoh seminggu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya, Mohd Hafiz Mat Dali berkata tempoh itu adalah bagi mengenal pasti punca kejadian sebelum mengisytiharkan keseluruhan unit berkenaan selamat digunakan.

“Di samping itu, kita juga akan menilai jumlah kerugian yang terlibat,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.

Mohd Hafiz berkata setakat ini, pasukan forensik telah selesai mengambil sampel dari kawasan kebakaran.

Tinjauan Bernama setakat 5 petang ini mendapati kakitangan KWSP sedang berkumpul bagi mengambil barangan peribadi yang ditinggalkan dalam bangunan itu dengan bantuan anggota Bomba.

Seramai 527 orang pekerja berada di bangunan setinggi enam tingkat itu ketika kejadian dan tiada mangsa yang cedera.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 11.52 pagi ini dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian dan dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 30 minit. – BERNAMA

Tags: Kes KebakaranKWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd