• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selamat Pendaki Singapura, ‘Jutaan Terima Kasih’

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Jutaan terima kasih. Kami sangat menghargai bantuan anda semua!, kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sebagai tanda penghargaan terhadap usaha pihak berkuasa dan sukarelawan Malaysia mencari dan menyelamatkan dua warga Singapura yang hilang di Gunung Pulai, Johor.

“Pihak berkuasa Malaysia telah mengerahkan tenaga kerja dan sumber yang agak banyak bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam catatan di Facebook beliau.

Dua pendaki itu, Dominick Tan dan Clarice Lum Jie, dilaporkan hilang di Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai, sejak Isnin dan ditemukan selamat di Empangan Ulu Choh di Pontian pada Rabu.

“Terima kasih banyak-banyak kepada Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Mohd Khairi Zainudin, pasukan mereka serta pasukan Singapura di lapangan, bagi usaha mereka dalam operasi itu.

“Terima kasih tidak terhingga juga kepada sukarelawan daripada kedua-dua pihak yang menyertai usaha menyelamat walaupun tidak mengenali kedua-dua pendaki secara peribadi. Jutaan terima kasih. Kami sangat menghargai bantuan anda semua!,” tulisnya yang sebahagiannya dalam bahasa Melayu.

Lee berkata beliau ‘berasa lega” kedua-dua pendaki itu telah dijumpai.

Warga Singapura Sesat Di Hutan Ditemui Selamat

“Kedua-duanya akhirnya berjaya dikesan oleh helikopter penyelamat pada pagi ini (Rabu), diambil oleh bot penyelamat dan kini mereka dalam perjalanan pulang ke tanah air,” tulis Lee.

Dominick dan Clarice, kedua-duanya berumur 27 tahun, dijumpai pasukan SAR pada 11.24 pagi, kira-kira 50 kilometer dari lokasi terakhir mereka dikesan selepas menerima panggilan kecemasan di talian 999 pada Isnin.

Pendaki berkenaan dilaporkan masuk ke kawasan Gunung Pulai pada 12.15 tengah hari Isnin dan membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa pada 5.55 petang hari yang sama.

Kali terakhir mereka dapat dihubungi pada kira-kira 10 malam.

Kedua-dua mereka dikesan di sebuah tasik berhampiran empangan itu menerusi alat pengesan dari udara helikopter pasukan Polis Diraja Malaysia. – BERNAMA

Tags: Lee Hsien Loongpendaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

28/07/2023
0

GENEVA : Rangka manusia yang dipercayai seorang pendaki Jerman yang dilaporkan hilang ketika mendaki di gunung Matterhorn pada 1986 sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd