• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rombongan Umrah Ke-2 Penggiat Seni Pada April

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG — Satu lagi rombongan jemaah umrah di bawah Program Umrah Penggiat Seni akan dibawa untuk mengerjakan ibadah itu di tanah suci pada April nanti.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Perdana Ummah, Datuk Rizal Mansor berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu program itu diteruskan bagi beri peluang terutama golongan penggiat seni yang kurang mampu.

“Sekurang-kurangnya 15 orang hingga ke 30 orang penggiat seni akan dipilih bagi rombongan kali kedua selepas kami menerima reaksi positif daripada mereka yang terpilih bagi rombongan umrah yang pertama ini serta daripada pelbagai pihak lain yang terlibat,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyambut ketibaan 23 penggiat seni veteran yang baru menunaikan ibadah umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Program anjuran bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih itu julung kali diadakan, hasil cetusan idea Perdana Menteri semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Penggiat Seni tahun lepas.

Sementara itu, pengarah drama pada era 1990-an, Abdul Hamid Abidin Abd. Wahab berkata pengalaman mengerjakan ibadah itu sesuatu yang tidak tergambar dengan kata-kata dan bersyukur terpilih menyertai rombongan tersebut.

“Alhamdulillah, kami diberi layanan yang baik termasuk tiket penerbangan kelas perniagaan serta penginapan yang berhadapan dengan Masjidil Haram,” katanya.

Penyanyi dangdut popular 1980-an Zaleha Hamid berkata doa utama yang sering diminta di sana adalah kesejahteraan dirinya dan para wartawan yang memberi bantuan dan liputan mengenai kerjaya seninya.

“Antara doa saya di hadapan Kaabah termasuklah untuk kesejahteraan semua wartawan yang banyak memberi sokongan kepada golongan seni baik ketika di waktu kemuncak ataupun sudah tidak popular,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Rizal Mansorumrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd