• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Robin Hood Rompak Vaksin Klinik, Culik 2 Jururawat

oleh Ahmad Albab
16/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Seorang ketua sindiket pengedar dadah di Brazil digelar Robin Hood moden apabila merompak vaksin dari sebuah klinik dan menculik dua jururawat untuk menyuntik vaksin kepada penduduk miskin di Rio de Janeiro.

Thomaz Vieira Gomes yang dikenali sebagai 2N adalah antara penjenayah paling dikehendaki tetapi dia mengambil tindakan itu selepas melihat ramai penduduk miskin tidak mampu mendapatkan vaksin demam kuning yang menular di Brazil.

Selama beberapa bulan, Brazil bergelut dengan wabak demam kuning yang kini menyebabkan berpuluh-puluh penduduk maut.

Usaha kerajaan menyuntik vaksin kepada jutaan penduduknya untuk membendung wabak itu berjalan perlahan kerana jumlah pesakit yang terlalu ramai dan seperti biasa golongan miskin dipinggirkan.

2N yang berasal dari Salgueiro, antara wilayah paling miskin di Rio de Janeiro kecewa dengan situasi itu dan akhirnya mengambil tindakan sendiri untuk membantu penduduk di daerah itu.

Pada 27 Januari lalu, 2N bersama beberapa pengikutnya menyerbu sebuah klinik kerajaan dan mengambil sebanyak mana bekalan vaksin yang ditemui dan menculik dua jururawat lelaki yang bertugas.

Mereka kemudiannya membawa jururawat itu ke Salgueiro dan menyuntik vaksin berkenaan kepada penduduk di situ.

Jururawat berkenaan dalam laporan mereka memberitahu, 2N dan anggota kumpulannya tidak bertindak ganas dan mereka melakukan tindakan itu kerana ramai penduduk di daerah berkenaan tidak diberi suntikan vaksin.

Selepas ‘tugas’ mereka selesai, jururawat berkenaan dihantar pulang ke klinik.

Berita mengenai penculikan itu turut tular di media sosial di Brazil dan ramai pengguna memuji tindakannya yang dianggap seperti Robin Hood moden.

Malah, bekas menteri alam sekitar Brazil turut menulis komen mengenai berita itu dengan memberitahu 2N masih seorang penjenayah tetapi tindakannya itu satu khidmat sosial.

Pihak berkuasa Brazil menawarkan ganjaran AS$3,000 (RM11,754) kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga 2N berjaya ditangkap. – Agensi/myMetro Online

Tags: Robin Hoodrompakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

04/05/2024
0

PARIS : Kumpulan bersenjata di Gaza, merompak Bank of Palestine kira-kira 70 juta Shekal (RM89 juta), lapor akhbar harian Perancis...

Dua Lelaki Rompak Kedai Emas Ketika Solat Jumaat Diburu

13/05/2022
0

PETALING JAYA: Ketika orang ramai sibuk menunaikan solat Jumaat, dua lelaki dipercayai mengambil kesempatan untuk melakukan rompakan di sebuah kedai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd