Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Najib Seru Seluruh Rakyat...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu...

Gadis Cantik Lagi Mengancam...

DEMI meneruskan legasi perniagaan keluarganya, seorang gadis cun lagi mengancam mengejutkan ramai apabila...

PM Harap Thaipusam Jadi...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap sambutan Thaipusam akan terus...

Nilai Belian Kereta Mewah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengecewakan apabila mereka tanpa berfikir panjang...

RM32 Juta Untuk Selesaikan Masalah Banjir Di Sebuyau

KUCHING – Sejumlah RM32 juta diperlukan untuk menangani masalah banjir akibat fenomena air pasang besar di Sebuyau, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kedudukan pekan tersebut yang terletak di muara Batang Lupar serta berhampiran Laut China Selatan sentiasa memberi risiko banjir setiap kali berlaku fenomena air pasang besar.

“Sebuyau sentiasa berdepan masalah apabila berlaku fenomena air pasang besar ditambah pukulan ombak besar dari Laut China Selatan yang memasuki muara Batang Lupar yang akan mengakibatkan beberapa kawasan mengalami banjir.

“Berdasarkan anggaran yang dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak sejumlah RM32 juta diperlukan untuk menangani masalah tersebut seperti membina benteng laut,” katanya pada sidang media di Kampung Buntal, Santubong dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah JPS Datuk Md Nasir Md Noh.


Wan Junaidi berkata langkah penyelesaian isu banjir disebabkan air pasang besar di negeri ini perlu segera dilaksanakan untuk mengurangkan impak kepada masyarakat.

“Selain Sebuyau, beberapa kawasan lain yang berdepan risiko setiap kali air pasang besar ialah Muara Tebas serta Kampung Buntal di Kuching, Lundu, Mukah dan Miri. Masalah ini boleh diselesaikan menerusi pembinaan ban pantai laut seperti yang dilaksanakan di Terengganu,” katanya. – BERNAMA

Kategori