• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rindu Mengenang Suasana Masjidil Haram

oleh Ahmad Albab
03/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALUNAN lunak suara imam Masjidil Haram menggegarkan naluri para jemaah untuk merebut saf berhampiran Kaabah terutama sekali pada waktu subuh.

Ini perasaan dan keadaan lumrah bagi mereka yang berada di Makkah. Hati sentiasa mahu bersolat dengan melihat Kaabah di depan mata. Selain itu, menghayati solat dengan menikmati bacaan surah yang lunak oleh imam.

Kini, setelah berada di Tanah Suci, inilah saat dan peluang untuk memenuhi semua tuntutan solat fardhu secara berjemaah di masjid pertama paling suci untuk umat Islam.

Namun, peluang berada dalam saf di kawasan tawaf atau di saf tepat di depan Kaabah bukanlah mudah. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing.

Ada yang rezekinya dapat bersolat berhampiran Multazam, Hijr Ismail, atau di bawah pancuran emas dan mataf. Kawasan ini sangat menakjubkan kerana jelas kelihatan Kaabah di depan mata.

Namun, jika sudah terlambat, sekadar solat jemaah di dataran, pun tidak mengapa. Pahala solat tetap 1000 kali ganda. Ini kerana seluruh Tanah Haram, adalah Tanah Suci seperti yang dimaksudkan dalam hadis Rasulullah.

Pegawai Rayhar Travel terus memberikan bantuan penerangan bagi memudahkan pergerakan 25 jemaah penjawat dan ahli keluarga TV AlHijrah.

Malah, selain pentingnya berjemaah di Tanah Suci, kami diingatkan supaya konsep jemaah dikekalkan secara istiqamah apabila pulang ke Kuala Lumpur kelak.

Hari ini hari terakhir kami di Tanah Haram. Rasa sayu mula menjentik hati untuk berpisah dengan bumi Kaabah.

Seharum Hajarulaswad Sedamai Hijir Ismail

Pelbagai pengalaman indah dikongsikan sesama jemaah TV AlHijrah. Semuanya teruja. Peluang mengucup Hajarul Aswad di tengah lautan manusia satu kenikmatan anugerah Allah yang tiada bandingan.

Ada yang dapat bersolat dan berdoa di hadapan multazam. Ada yang dapat bersalaman Imam Masjidil Haram. Lebih mengharukan, ada yang sempat mengusung jenazah untuk disembahyangkan.

Pengalaman pertama mengerjakan umrah banyak dihiasi pelbagai peristiwa indah. Moga Allah tidak jadikan umrah kali ini sebagai yang terakhir.

Kami pasti merindukan indahnya laungan muazzin, harumnya sejadah Masjidil Haram, sejuknya lantai tawaf dan indahnya tenunan kiswah Kaabah.

Wakaf Saham Akhirat

Bagaimana agaknya perhitungan Allah jika jemaah mewaqaf kerusi lipat untuk kegunaan warga emas dan jemaah kurang upaya di Masjidil Haram?

Bagaimana aliran pahala kita, selagi mana kerusi waqaf itu digunakan jemaah kurang upaya?

Begitu juga waqaf Al Quran. Seramai mana jemaah membacanya, selama itulah kita yang mewaqafkannya akan mendapat keberkatan. Peluang wakaf di Masjidil Haram digunakan sebaiknya sebagai bekalan dan saham akhirat.

Hanya bermodalkan 20 riyal bagi setiap kerusi dan 70 riyal bagi senashkah Al Quran, berapa sangat nilainya itu berbanding ganjaran dan pahala yang diberikan Allah.

Rayhar Travel sentiasa memudahkan kami dalam urusan waqaf. Serahkan sahaja amanah kepada mereka, pasti pantas dan segera dilunaskan. Moga ada keberkatan rezeki kami semua yang teringin berbakti pada Masjidil Haram.

Iktikaf di Tanah Halal

Tentatif Rayhar Travel untuk empat hari pertama diisi dengan ibadah. Umrah pertama dijadualkan sebagai wajib. Manakala, selebihnya terpulang kepada jemaah untuk melaksanakannya sebanyak mungkin.

Alang-alang menjejakkan kaki di bumi paling diberkati Allah, kebanyakan jemaah TV AlHijrah melaksanakan tiga atau empat umrah. Samada untuk diri sendiri atau umrah badal bagi kaum keluarga yang telah meninggal dunia.

Niat umrah seterusnya membawa kami ke tanah halal di Makkah untuk bermiqat. Lokasi yang banyak meninggalkan kisah kaum keluarga dan sahabat Nabi Muhammad. Kami pasti tidak dapat melupakan bumi Tanaem dan Jaranah.

Begitu juga dengan Hudaibiyah, lokasi persinggahan Rasulullah ketika baginda dilarang memasuki kota Makkah. Umrah kami bagi kali kedua, ketiga dan keempat terasa lebih mudah.

Terasa pantas masa berlalu. Malah, kurang kesakitan atau keletihan seperti umrah pertama. Alhamdulillah. Kami anggap imi satu nikmat daripada Allah.

Semoga Allah mengurniakan umrah mabrur.

Tags: Jemaahmasjidil haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Lelaki Curi Beg Silang Jemaah

Polis Buru Lelaki Curi Beg Silang Jemaah

29/04/2023
0

Kota Bharu : Polis mengesan seorang lelaki berkopiah yang disyaki mencuri beg silang milik jemaah di Masjid Muhammadi, di sini,...

Bekas Imam Masjidil Haram Dipenjara 10 Tahun Kritik Penganjuran Konsert Di Arab Saudi

Bekas Imam Masjidil Haram Dipenjara 10 Tahun Kritik Penganjuran Konsert Di Arab Saudi

30/08/2022
0

RIYADH – Seorang bekas imam Masjidil Haram di kota suci Mekah dihukum penjara 10 tahun selepas didakwa mengkritik kerajaan Arab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd