• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan Maut Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tuaran Bypass, dekat sini semalam.

Mangsa Nabila Jimos, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kemalangan kira-kira 5 petang semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata mangsa yang duduk di sebelah pemandu kereta jenis Perodua Bezza perak telah tercampak keluar ke pembahagi jalan di simpang pusingan-U Kampung Kalansanan, menyebabkan mangsa maut.

“Lima lagi remaja perempuan yang turut menaiki kenderaan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu kereta Perodua Bezza biru hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kereta jenis Honda City yang terbabit dalam kemalangan itu tidak cedera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata siasatan awal mendapati kereta Perodua Bezza warna perak yang dinaiki mangsa dikatakan membuat pusingan U dan terlanggar sebuah Perodua Bezza warna biru dari arah belakang.

“Pada masa yang sama sebuah lagi kereta Honda City dipandu lelaki berusia 50 tahun yang datang dari arah belakang terlanggar Perodua Bezza warna biru,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Traffik Insp Chong Chee Wah di talian 016-3032030. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautRemaja Perempuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd