• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RELA Antara ‘Hero’ Bantu Penduduk Terjejas Banjir

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI – Sumbangan dan peranan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bukan sekadar sebagai menjaga trafik di majlis-majlis kemasyarakatan, tetapi mereka juga antara “hero” yang membantu penduduk terjejas banjir ketika musibah itu melanda negara ini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata anggota RELA mempunyai disiplin yang sangat tinggi dalam setiap tugasan yang diberikan termasuk membantu pasukan keselamatan lain menyelamatkan mangsa banjir.

“Ternyata peranan yang dimainkan oleh RELA bukan sahaja dapat membantu menguruskan acara waktu susah dan senang, ketika berlaku nencana dan sebagainya tetapi mereka turut mempunyai disiplin tertentu dalam masyarakat.

“Kalau kita tidak tahu menghargai badan ini mereka akan hilang begitu sahaja dan kita tidak mahu semangat sukarela yang mereka sumbangkan hilang begitu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Hari Keluarga RELA dan Jamuan Rakyat di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata harus sentiasa menghargai peranan dan khidmat yang diberikan pasukan RELA kerana sumbangan mereka kepada masyarakat adalah ikhlas dan bukannya bersandarkan kepada elaun semata-mata.

Shabery mengulas kenyataan yang dibuat Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang di siarkan media baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di laman sosial pada 15 Jan lalu, Shafie ketika berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Sabah, pada 14 Jan, dilihat mempertikaikan tindakan menempatkan anggota RELA yang tidak mahir dalam mengendalikan senjata api untuk penugasan di ESSZone.

Beliau dilaporkan berkata bahawa anggota RELA hanya sesuai untuk bertugas mengawal trafik di majlis-majlis kenduri sahaja. – BERNAMA

Tags: RELA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Rela Siasat Pendaftaran Keanggotaan

15/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman selepas tular pendaftaran automatik dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd