• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Pengurus, 6 Anggota Keluarga, Proksi Ditahan

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus pembangunan perniagaan anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu bersama enam anggota keluarga dan proksi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ​​kerana disyaki menyalah guna kuasa serta terlibat dengan siasatan kes rasuah membabitkan nilai kira-kira RM5.4 juta.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 59 tahun itu bersama enam yang lain ditahan di sekitar Terengganu dan ibu negara hari ini dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dengan melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan kepada diri dan keluarganya antara tahun 2010 hingga 2017.

Sumber itu berkata siasatan awal mendapati pengurus itu telah memberi kontrak serta projek kepada syarikat milik anggota keluarga dan proksinya.

Katanya syarikat-syarikat itu adalah milik isteri, anak, menantu dan proksinya yang telah dilantik bagi memberi perkhidmatan dan bekalan berkaitan dengan program serta kursus.

“Beliau memberi (projek) kepada sebuah syarikat yang pengarah serta pemegang sahamnya adalah isterinya berusia 52 tahun serta dua anaknya yang masing-masing berusia 34 dan 31 tahun. Menantu perempuan berusia 34 tahun yang juga pemilik sebuah lagi syarikat turut diberikan projek,” kata sumber itu di sini, hari ini.

Menurut sumber itu, projek turut diberikan kepada dua orang proksi yang juga pemilik syarikat yang masing-masing berusia 40 tahun.

Syarikat-syarikat itu juga didapati tidak melaksanakan beberapa projek dan kursus tetapi telah membuat tuntutan pembayaran, kata sumber itu.

Sumber berkenaan turut memberitahu anak syarikat itu merupakan milik kerajaan negeri Terengganu yang mengurus serta memberi latihan dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan penahanan tersebut dan berkata pasukan penyiasat kini dalam proses mencari bukti bagi membantu siasatan.

Katanya pasukan penyiasat juga telah pergi ke beberapa lokasi di Terengganu termasuk rumah pengurus tersebut di Kemaman bagi mengambil dokumen-dokumen berkaitan kes bagi membantu siasatan.

“Suspek-suspek yang ditangkap dijangka akan dihadapkan ke mahkamah bagi permohonan reman esok,” kata Simi.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009. – BERNAMA

Tags: ditahanrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd