• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rancangan Ke Amerika Serlah Hipokrasi Tun M

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Rancangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mahu mengetuai delegasi pembangkang ke Amerika Syarikat dalam usaha menggulingkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerlahkan sikap hipokrasi bekas perdana menteri itu.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa menegaskan perkara itu berkata ia berbeza semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang tindakan seumpama itu merupakan satu kepantangan baginya.

“Saya tengok dulu masa dia menjadi PM (perdana menteri), benda-benda macam itu pantang bagi dirinya… tuduh bahawa pembangkang-pembangkang menjual maruah, menggadaikan kedaulatan dan cuba meraih simpati kuasa-kuasa lain.

“Tetapi sekarang ini lain pulak. Jadi orang dapat lihat hipokrasi beliau sekarang dan Dr Mahathir sanggup lakukan bila matlamat menghalalkan cara. Cakap tak serupa bikin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Agenda Pembangunan Perumahan Sembrong di Felcra Sungai 10, Paloh, dekat sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas mengulas dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam berhubung rancangan pembangkang itu.

Tunku Abdul Aziz mendakwa pertemuan dengan pemimpin politik Amerika Syarikat yang dijangka berlangsung pada 20 Feb itu bertujuan mahu menggulingkan Najib sebagai perdana menteri dan mendapatkan sokongan sekiranya pakatan pembangkang membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14.

Menurutnya difahamkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin antara anggota delegasi itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Felda: “Rafizi Penghasut Bersiri” – Shahrir

Next Post

SPRM Sambung Reman 3 Individu Kes Rasuah RM44 Juta

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

Next Post

SPRM Sambung Reman 3 Individu Kes Rasuah RM44 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd