• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Salman Pecat Ketua, Pegawai Kanan Tentera

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Putera Mahkota Arab Saudi, Raja Salman, memecat ketua turus tentera dan beberapa komander kanan lain dalam tindakan mengejutkan namun tidak diketahui sebabnya.

Menurut laporan media kerajaan Arab Saudi kelmarin, beberapa dekri diraja dikeluarkan lewat Isnin (waktu tempatan) menyatakan ketua tentera darat serta udara, selain pegawai kanan dalam kementerian dalam negeri diganti.

Tiada sebab rasmi diberikan untuk tindakan itu, namun Arab Saudi ketika ini mengetuai negara Arab yang terbabit dalam perang di Yaman terhadap pemberontak Houthi disokong Iran yang kini menghampiri tahun keempat.

Agensi berita rasmi Saudi Press Agency (SPA) menyebut: “Perkhidmatan Jeneral Abdul Rahman Saleh al-Bunyan, Ketua Turus, ditamatkan dengan Fayyad al-Ruwaili dilantik menggantikannya.”

Pemecatan Abdul Rahman yang mengejutkan itu berlaku selepas beliau minggu ini merasmikan pameran besar oleh Saudi Arabian Military Industries (SAMI), syarikat pertahanan milik kerajaan yang mengetengahkan usaha berterusan pembaharuan dalam sektor berkenaan.

Selain itu, Salman mengumumkan pelantikan penjawat awam termasuk seorang wanita, Tamadar Yousef al-Ramah sebagai Timbalan Menteri Buruh dan Pembangunan Sosial serta Putera Turki Talal – adik bilionair, Putera Al-Waleed Talal yang disiasat rasuah sebelum ini, sebagai timbalan gabenor wilayah Assir. – AFP/myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: Arab SaudiRaja Salman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd