• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Ilya Malas Layan Keyboard Warrior

oleh Haris
15/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI yang telah diketahui ramai, pelakon Raja Ilya pernah mengesahkan bahawa dia telah dilamar untuk terbabit dalam filem adiwira terbitan Marvel Studios tidak lama dulu.

Selepas berkongsi berita berkenaan tahun lalu, Raja Ilya kini tidak lagi berkongsi maklumat tentang pembabitannya bersama produksi besar ternama itu.

Keadaan itu menyebabkan segelintir netizen beranggapan bahawa Raja Ilya menipu kerana sehingga kini tiada perkembangan terbaru mengenai projek tersebut.

Jelas Ilya, dia malas hendak melayan komen-komen negatif itu dan hanya mengambil tindakan berdiam diri.

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Mereka boleh lihat Instagram bila saya akan pergi ke sana.

“Lebih baik diam dan berkongsi dengan orang-orang yang akan memberikan sokongan dan sayang saya.

“Golongan yang mengecam ini bukan mahu sokong pun, jadi tidak ada guna saya bercerita lebih banyak,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Menurut Ilya, ketika mengumumkan perkara tersebut, dia hanya mahu berkongsi cerita gembira itu namun tidak menjangka perkongsiannya itu dipertikaikan ramai pihak.

“Sedikit pun saya tidak terkesan dengan tohmahan yang dilemparkan malah kini saya sedang mempersiapkan diri dari pelbagai aspek termasuklah mental dan fizikal untuk menjayakan tawaran tersebut.

“Semua sudah jadi keyboard warrior. Lain yang saya cakap, lain pula yang mereka faham,” kata wanita berusia 32 tahun itu.

Sebelum ini, Raja Ilya pernah memberitahu pihak media bahawa dia terikat dengan kontrak daripada Marvel sendiri di mana dia tidak boleh berkongsi dengan lebih lanjut tentang projek tersebut.

Ilya turut menjelaskan bahawa dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon bagi memfokuskan sepenuhnya kepada naskhah terbitan Marvel itu.

“Soal mengukuhkan nama dalam dunia lakonan, tiada perancangan khusus dan biarlah masa menentukannya,” katanya sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: marvelRaja Ilya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Ilya Bukan Lagi Pemegang Saham Richiamo Coffee

05/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Richiamo Coffee Sdn. Bhd., pemilik rangkaian kedai kopi premium Richiamo Coffee di seluruh negara hari ini mengumumkan...

“Thanos Superhero Kegemaran Saya” – Mahathir

28/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Dalam kesibukan jadual kerja yang padat, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini sempat meluangkan masa untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd