• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puji Filem ‘Black Panther’, Tapi Dikecam Netizen

oleh Haris
22/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FILEM terbaru bergenre adiwira, Black Panther terbitan Marvel Studios nyata mencetuskan fenomena bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.

Filem tersebut dikatakan unik memandangkan majoriti pelakon yang terlibat dengan filem tersebut merupakan pelakon berkulit hitam dan mempunyai loghat Afrika.

Selain pelakon, pengarah filem ini juga merupakan seorang yang berkulit hitam sekaligus mesej yang disampaikan turut menyentuh isu sensitiviti kaum yang sering menjadi isu di negara-negara barat khususnya Amerika Syarikat.

Filem Black Panther ini juga mendapat pujian masyarakat disebabkan ianya mengangkat budaya Afrika yang sangat jarang ditampilkan di dalam filem Hollywood.

Teruja dengan mesej postif yang berjaya disampaikan filem Black Panther, Bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama turut memuji filem tersebut di laman Twitter miliknya.

Menerusi perkongsiannya itu, Michelle menyatakan rasa sukanya terhadap filem tersebut dengan menulis bahawa Black Panther akan menginspirasikan ramai orang dari setiap latar belakang yang berbeza.

Congrats to the entire #blackpanther team! Because of you, young people will finally see superheroes that look like them on the big screen. I loved this movie and I know it will inspire people of all backgrounds to dig deep and find the courage to be heroes of their own stories.

— Michelle Obama (@MichelleObama) February 19, 2018

“Tahniah kepada keseluruhan pasukan Black Panther. Kerana anda, orang muda dapat melihat watak adiwira yang kelihatan seperti mereka di layar perak.

“Saya sangat sukakan filem ini dan tahu bahawa ia akan memberikan inspirasi kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang untuk mendapat keberanian menjadi hero versi mereka sendiri,” tulisnya.

Namun, perkongsian Michelle itu mendapat kecaman daripada netizen apabila segelintir daripada mereka mendakwa dia bersikap perkauman serta tidak membuat kajian terperinci mengenai sejarah filem adiwira.

Mereka berpendapat, filem yang mengangkat adiwira dari kalangan orang berkulit hitam ini bukanlah sesuatu perkara baru dan pernah ditonjolkan sebelum ini.

“Kenapa tiada siapa yang ingat akan 3 filem Blade sebelum ini? Dimana terajunya merupakan orang berkulit hitam. Mungkin saya hanya membayangkan perkara tersebut kerana nampaknya ramai lupa akan perkara ini,” tulis seorang penguna membalas perkongsian Michelle itu.

Perlukah anda mengaitkan filem ini dengan kaum, huh? Menjadi seorang Hero tiada kena mengena dengan warna kulit. Integriti tidak mempunyai warna,” balas seorang lagi pengguna bernama James Davis.

Saya rasa anda tidak pernah menyaksikan filem Blade dan Hancock. Tahniah kerana mengait segalanya dengan kaum,” balas Bobby Gilder.

Seperti biasalah, setiap kali seseorang yang berpengaruh menyampaikan pendapat mereka, pasti ramai yang tidak bersetuju dan hanya ingin mengecam.

Apa-apa pun, filem Black Panther memang wajib ditonton oleh semua. Siapa yang belum tengok, cepat-cepat serbu pawagam sekarang! Pasti tak menyesal. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: black pantherMichelle Obama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Michelle Obama Buat Kejutan Di Grammy 2019

11/02/2019
0

DALAM kesibukan menjelajah mempromosikan buku biografinya, bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama mengadakan kemunculan istimewa pada majlis Anugerah...

Adegan Lawan Black Panther Guna Silat Harimau

22/02/2018
0

SIAPA sangka filem yang sedang mengungguli carta box office atau pecah panggung, Black Panther terbitan Marvel Studios turut ada kaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd