• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Pengagihan Kerusi BN Masih Dibincang

oleh Ahmad Albab
26/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembahagian kerusi bagi Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) masih dalam perbincangan, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Masih lagi dibincang… belum ada keputusan, kita serah pada Pengerusi (BN),” jawabnya ketika ditanya media mengenai pengagihan kerusi BN bagi PRU14 selepas menyempurnakan majlis pelepasan program larian ‘Big Walk Volunteer in Community Engagement’ (VOICE) bersempena sambutan Hari Wilayah 2018.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung UMNO, sebelum ini berkata parti itu telahpun menyerahkan senarai calon berpotensi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terdiri daripada gabungan muka baharu dan calon berpengalaman.

Selain UMNO, Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam juga dilapor telah menyerahkan senarai lengkap nama calon yang akan bertanding bagi sembilan kerusi Parlimen dan 18 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14 kepada Najib, yang juga Pengerusi BN.

MCA pula, sementara menunggu ‘restu’ Najib, telah mengumumkan beberapa nama calon parti itu bagi kerusi Parlimen dan DUN, antaranya bagi kerusi Parlimen Labis, Padang Serai, DUN Sekinchan dan DUN Bekok, selain meletakkan kriteria utama pemilihan kepada calon yang ‘rajin turun padang’.

Dalam pada itu, menjawab soalan mengenai usaha menarik anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi, Tengku Adnan berkata pelbagai sesi penerangan telah diatur untuk meningkatkan kesedaran golongan muda untuk mengundi dan kepentingan undi mereka bagi masa depan negara.

“Ada antara mereka yang ambil mudah, ada yang tidak kisah, tapi kami akan mengadakan program untuk meningkatkan kesedaran mereka untuk mengundi,” katanya.

Program VOICE tahun ini disertai kira-kira 500 sukarelawan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan lain.

Inisiatif baharu itu bertujuan menyemarakkan semangat kesukarelawan melalui penglibatan komuniti di semua peringkat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd