Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Nak Demo Bersih PRU,...

SUDAHLAH ini merupakan perhimpunan haram, rata-rata peserta Bersih 4.0 menunjukkan pula sikap tidak...

PM, TPM Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merakamkan...

Angkasawan Jepun Minta Maaf...

ANGKASAWAN Jepun, Norishige Kanai, yang dalam misi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)...

Sadis… Remaja Rogol Wanita...

California - Bayangkan dua remaja ini baru berusia 15 dan 14 tahun namun...

Proses Pemeriksaan Awam HSR KL-Singapura Selesai

KUALA LUMPUR – MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) telah selesai menjalankan proses pemeriksaan awam projek Kereta Api Laju Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) selama tiga bulan, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu menyebut, pemeriksaan awam yang berakhir pada 31 Jan, 2018, turut menerima lebih daripada 35,000 maklum balas – angka maklum balas awam tertinggi bagi projek pengangkutan awam berasaskan rel di Malaysia.

Kira-kira 95 peratus daripada maklum balas awam pengunjung dan responden kaji selidik, menyokong projek HSR KL-SG berkenaan dengan 98 peratus respons positif diterima dari Kuala Lumpur dan Johor.

Lebih 130 kaunter maklumat diwujudkan di lokasi utama jajaran antara Kuala Lumpur dan Iskandar Puteri, kata MyHSR Corp.

Menerusi kaunter itu, orang awam dapat melihat maklumat mengenai projek HSR KL-SG seperti pelan jajaran, lokasi tujuh stesen HSR di Malaysia, ciri-ciri dan susun atur stesen tersebut serta Program Pembangunan Sosioekonomi (SEDP) di kaunter-kaunter penerangan yang disediakan.

“Langkah menempatkan kaunter di kawasan tumpuan ramai juga membolehkan pasukan kami mengumpulkan maklumat mengenai cara-cara untuk menambahbaik projek berkenaan.


“Usaha melibatkan orang ramai secara berterusan dalam projek itu juga sememangnya menjadi matlamat kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Kajian Impak Alam Sekitar HSR KL-SG itu turut dipaparkan di kaunter Pemeriksaan Awam sepanjang tempoh wajib selama sebulan dari 27 Dis, 2017 sehingga 25 Jan, 2018 selain dibuka bagi tujuan maklum balas dan pandangan di laman sesawang MyHSR Corp sehingga 9 Feb, 2018. – BERNAMA

Kategori