• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Program Sentuhan Rakyat’ Dipengaruhi Pelbagai Faktor

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbezaan penawaran harga jualan dalam Program Jualan Sentuhan Rakyat adalah dipengaruhi pelbagai faktor, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata penetapan harga barang antaranya turut ditentukan oleh faktor pengangkutan, logistik dan lokasi sama ada ia berlangsung di kawasan bandar atau luar bandar.

“Kalau kita bandingkan, harga produk di Titiwangsa, Larut atau Kemaman, memang berbeza.

“Sebelum meletakkan sesuatu harga, kita juga akan lihat purata harga yang ditawarkan di kawasan tertentu, supaya kita boleh meletakkan harga yang lebih rendah daripada pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jualan Sentuhan Rakyat peringkat Parlimen Titiwangsa di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Hingga hari ini, sebanyak 238 Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 telah diadakan di seluruh negara dengan kehadiran seramai kira-kira 1 juta pengujung.

Sementara itu, Hamzah berkata penganjuran Program Jualan Sentuhan Rakyat membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin terhadap isu kenaikan harga barang.

“Istilah BN untuk ‘Barang Naik’ adalah tidak benar, malah menurut saya BN itu lebih bermaksud ‘Bina Negara’ kerana kita membina negara dengan bantuan yang diberikan kepada rakyat,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Datuk Seri Hamzah ZainudinKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd