• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM N.Sembilan Desak Adakan Semula Rundingan

oleh AK-47
09/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan mendesak pucuk pimpinan tertinggi pusat Pakatan Harapan untuk mengadakan semula rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Ketua Badan Pimpinan Negeri PPBM negeri Baharuddin Ahmad berkata dalam rundingan tersebut, parti tersebut akan menuntut empat lagi kerusi DUN, yang diyakininya boleh dimenangi.

“Yang kami akan tuntut ialah kerusi di Paroi, Ampangan, Labu dan Linggi, kerana ahli parti kami telah bekerja keras dengan mendekati pengundi-pengundi di kawasan tersebut.

“Maklum balas yang kami dapat ialah pengundi di sana hanya mahukan PPBM dan akan menolak calon PH jika diletakkan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR ) atau Parti Amanah Negara (Amanah).

“Perkara yang berlegar di setiap sudut pemikiran ahli PPBM ialah mengapa dan kenapa susunan kerusi diagihkan tanpa ada rundingan sepenuhnya,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda Ketua PPBM Negeri Sembilan Mohd Sharul Anuar Abu Samah dan Ketua Penerangan PPBM negeri Baharudin Abu Bakar.

Terdahulu, pada Konvensyen PH negeri yang lepas, Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan pembahagian kerusi DUN yang akan ditandingi semasa Pilihan Raya Umum akan datang.

PKR diperuntukkan 12 kerusi iaitu Jeram Padang, Sikamat, Ampangan, Juasseh, Pilah, Labu, Rantau, Chuah, Linggi, Port Dickson, Gemas dan Sungai Lui.

DAP pula akan bertanding di 11 kerusi iaitu Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Senawang, Lukut dan Repah manakala (Amanah) diperuntukkan tujuh kerusi iaitu Serting, Johol, Lenggeng, Klawang, Paroi, Senaling dan Kota.

PPBM pula hanya diperuntukkan enam kerusi iaitu Palong, Seri Menanti, Chembong, Pertang, Gemencheh dan Bagan Pinang. — BERNAMA

Tags: PPBMPPBM negeri Baharuddin Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd