• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas Mercun, Bunga Api RM250,000

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sejumlah mercun dan bunga api bernilai RM250,000 dalam serbuan di sebuah stor haram di Kampung Simpangan di sini, malam tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor ASP Ahmad Amri Abdul Rahman berkata serbuan itu dilakukan kira-kira 9.30 malam tadi hasil risikan pihaknya.

Beliau berkata anggota PPM dan Bahagian Pencegahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terpaksa memanjat tembok stor itu yang setinggi empat meter berdekatan pangkalan haram sebelum merampas sejumlah mercun dan bunga api yang disembunyikan di situ.

“Ketika serbuan, pihak kami menemukan dua lori diletakkan di dalam kawasan stor manakala beberapa lelaki dipercayai kumpulan penyeludup dapat melepaskan diri dengan berlari ke arah semak berdekatan.

“Hasil pemeriksaan terhadap dua lori itu, kami menemukan 76 kotak yang mengandungi 41 jenis mercun dan bunga api serta barangan terlarang diseludup masuk ke sini menggunakan bot enjin galah,” katanya pada sidang berita di Markas Operasi PPM Wilayah 3 di sini, hari ini.

Ahmad Amri berkata kesemua bekalan mercun dan bunga api itu dipercayai untuk pasaran tempatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Jika bekalan hendak dihantar keluar dari Kelantan, penyeludup biasanya tidak menggunakan lori bertutup kanvas.

“Bekalan juga dibawa masuk ke sini sekali gus atau sekali penghantaran sahaja dan bukannya dikumpul terlebih dahulu seperti biasa,” katanya sambil memberitahu bahawa beliau percaya kegiatan penyeludupan bunga api dan mercun itu sering dilakukan menjelang tengah malam atau awal pagi.

Kes berkenaan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – BERNAMA

Tags: mercunPPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd