• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari Wanita Misteri Edar Kopi Campur Dadah

oleh
06/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang ‘wanita misteri’ kini sedang dicari polis bagi bantu siasatan pengedaran kopi campuran disyaki dicampur dadah yang menyebabkan tujuh individu dirawat di hospital.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, wanita berketurunan Cina berusia dalam lingkungan usia 40-an dipercayai pihak pertama yang dikesan mengedar kopi berkenaan di sekitar Jelutong.

Beliau menjelaskan bahawa keterangan daripada wanita berkenaan amat diperlukan oleh pihak polis untuk melengkapkan proses siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 272 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu polis meminta kerjasama wanita berkenaan untuk tampil sendiri bagi membantu siasatan,” kata Anuar dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah tersebut di sini, pada Selasa.

Seramai lima individu termasuk dua wanita dirawat di Hospital Pulau Pinang selepas mengalami gejala letih dan lemah teruk malah ada tidak sedar diri selepas dipercayai minum sejenis kopi sejak minggu lalu.

Kesemua mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun ditahan di wad untuk pemerhatian dan dijalankan beberapa ujian. Tiga daripada mereka dibenarkan keluar wad selepas keadaan mereka bertambah baik.

Sementara itu Anuar memberitahu, keputusan ujian kimia yang dilakukan terhadap sampel kopi yang diminum dua lelaki Nepal dijangka diperoleh pada hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Hospital Pulau Pinangkopi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

Korea Selatan Haram Kopi Di Sekolah

11/09/2018
0

TEGAS... Korea Selatan mengharamkan penjualan kopi di sekolah-sekolah di merata negara itu dalam usaha untuk cegah para pelajar daripada meminum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd