• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Wajib GLC Sumbang 1% Bantu Rakyat

oleh
06/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRIHATIN… Sebelum ini memang ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberi sumbangan untuk program bantuan sosial dan penjagaan alam sekitar dari masa ke semasa.

Namun Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk menjadikan ia satu dasar terhadap semua GLC memberi sumbangan minimum satu peratus keuntungan sebelum cukai mereka untuk tujuan itu.

Beliau malahan berharap agar langkah ini akan menjadi teladan yang akan diikuti oleh semua syarikat disenarai awam (PLC) di Bursa Malaysia dan badan-badan korporat tempatan lain.

Perdana Menteri menganggarkan sekiranya 100 buah PLC itu dapat menyertai inisiatif berkenaan dengan anggaran lebih RM1 billion sumbangan bakal dapat disalurkan kepada masyarakat.

Najib membuat pengumuman tersebut dalam ucapan beliau ketika merasmikan Simposium Pasaran Modal Dunia (WCMS) 2018 anjuran Suruhanjaya Sekuriti (SC) di Kuala Lumpur hari ini.

Ujar beliau lagi, kerajaan percaya bahawa GLC boleh dan harus memainkan peranan lebih besar dalam memberi sumbangan berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.

“Sebelum ini memang banyak GLC sudah memberi sumbangan. Saya berharap dengan penekanan baharu ini akan mendorong semua badan korporat di Malaysia pun ikut serta sama.

“Ia akan buat satu perbezaan besar kepada kehidupan ramai orang memandangkan 1 peratus dari 100 syarikat PLC saja bererti lebih RM1 bilion dapat disalurkan terus kepada masyarakat,” kata Najib.

Beliau turut mengumumkan penubuhan koridor pasaran ‘Malaysia-Singapore Connect’ yang menyediakan akses kepada pelabur terhadap gabungan pasaran modal bernilai lebih AS$1.2 trilion (RM4.7 trilion).

Najib menjelaskan bahawa pihak berkuasa kedua-kedua negara berjiran itu akan bekerjasama untuk mengawal selia dalam usaha menubuhkan koridor dagangan mega tersebut.

“Inisiatif ini akan memperluaskan pilihan pelaburan kepada para pelabur seterusnya bakal menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan juga Singapura,” katanya.

Simposium anjuran pihak SC itu bertujuan untuk membincangkan mengenai pelbagai cabaran, peluang semasa dan masa depan pasaran kewangan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bursa malaysiaCSRGLCNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

Pengurus GLC Ditahan, Minta ‘Duit Pelincir’ RM16,000

02/07/2025
0

Kota Kinabalu: Pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), disyaki meminta dan menerima rasuah...

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

23/04/2024
0

*Rencana dipetik dari sumber SuaraTV* Terdapat 200 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Sabah yang diwujudkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd