• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Sertai Penumpang ETS Ke Tanjung Malim

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi laluan Stesen KL Sentral-Tanjung Malim amat bertuah dan kelihatan teruja pagi ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyertai mereka menggunakan perkhidmatan berkenaan untuk ke lokasi turun padangnya hari ini.

Najib yang tiba di Stesen KL Sentral bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada 7.55 pagi turut beramah mesra berbual dengan petugas tren serta penumpang yang berada di stesen itu yang merupakan hab pengangkutan moden sejak memulakan operasi pada 2001.

Memulakan perjalanan pada 8 pagi menuju ke Stesen Tanjung Malim, Perak untuk bersarapan bersama rakyat setempat di Medan Selera Tanjung Malim, Najib yang diiringi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga beramah mesra dengan pemandu ETS yang bertugas mengendalikan tren tersebut.

Ketika dalam perjalanan sejauh 84.6 kilometer itu, Najib dan Rosmah berkesempatan bersarapan dengan menu sajian pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) iaitu bihun goreng dan teh tarik sebelum berbual mesra dengan penumpang tren selain menunaikan permintaan mereka untuk bergambar serta berswafoto sebagai kenang-kenangan.

Najib dan isteri yang kelihatan santai berinteraksi dengan rakyat turut menyampaikan rasa puas hati kepada petugas KTMB dengan perkhidmatan ETS yang telah memulakan operasi sejak 12 Julai 2015 bagi laluan Kuala Lumpur-Padang Besar, Padang Besar-Kuala Lumpur, melalui 15 stesen dengan perjalanan seawal 9.30 pagi.

Beliau juga kelihatan gembira kerana berkesempatan meninjau dan mencuba sendiri kelancaran perkhidmatan ETS yang menjadi nadi pengangkutan awam pilihan rakyat di negara ini.

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira satu jam tiga puluh minit itu melalui tiga stesen iaitu Kuala Lumpur, Kepong Sentral dan Rawang sebelum tiba di Stesen Tanjung Malim kira-kira 9.30 pagi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakETS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Rakyat Johor menikmati satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang lebih pantas dengan perkhidmatan ETS bagi...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd