• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tidak Bankrap, Rizab Kini Lebih Tinggi – PM

oleh Ahmad Albab
22/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana menteri hari ini mengulangi bahawa negara tidak bankrap, memandangkan kerajaan berjaya mengurangkan hutangnya kepada 50.4 peratus berbanding 55 peratus had yang ditetapkan sendiri, dengan rizab asing yang lebih tinggi serta projek infrastruktur yang berterusan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah membuat keputusan yang berani seperti melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi menjana ekonomi, termasuk 2.26 juta pekerjaan yang diwujudkan, dengan purata pendapatan meningkat antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus setahun.

“Kita sendiri menetapkan had 55 peratus daripada KDNK, dan telah menurunkannya kepada 50.4 peratus.

“Semasa Krisis Kewangan Asia, rizab negara susut kepada US$20 bilion, kita tak pun bankrap. Kini rizab kita US$124 bilion Macamana nak kata kita bankrap?” katanya pada program Bajet 2018 Bersama Rakyat, di sini.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia telah mencapai pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia, sebanyak 5.9 peratus pada 2017, serta kadar inflasi dan kadar pengangguran yang rendah.

“Ini gambaran yang besar. Pencapaian kita ini dapat ulasan yang sangat baik daripada organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia yang memuji Malaysia memandangkan ekonomi kita bergerak ke arah yang betul, dan dasar kita menunjukkan hasil positif termasuk beberapa langkah yang telah kita ambil,” katanya. – BERNAMA

Tags: BankrapMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Harus Sasar Jadi Mini-Korea, Mini-Taiwan – Timbalan Menteri Kewangan

Malaysia Harus Sasar Jadi Mini-Korea, Mini-Taiwan – Timbalan Menteri Kewangan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia harus menyasarkan untuk menjadi Mini-Korea atau Mini-Taiwan dalam bidang teknologi dengan menghimpunkan modal, pekerja dan syarikat....

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP mengakui reformasi proses pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Malaysia masih perlahan. Pengerusi DAP Johor, Teo...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd