Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Mat Saleh Ini Dakwa...

KECOH jadinya apabila baru-baru ini tersebarnya satu video di laman Youtube baru-baru ini...

Laluan Gerik Ke Jeli...

KUALA LUMPUR - Jalan raya Timur Barat dari Gerik ke Jeli (Perak-Kelantan) sudah...

Parlimen Tiada Kuasa Kenakan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen...

Isa Samad Gagal Dapatkan...

BEKAS Pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad gagal dalam permohonan bagi mendapatkan semula...

Plaza Tol Batu Tiga Siap Diroboh Hujung Mac

PARIT BUNTAR – Kementerian Kerja Raya menjangkakan kerja-kerja perobohan struktur binaan Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam, Selangor akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Mac ini.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu telah dimaklumkan oleh PLUS Malaysia Berhad kepada pihak kementerian dan ketika ini proses pengalihan aset membabitkan peralatan tol, papan tanda dan sebagainya giat dijalankan sebelum perobohan struktur fizikal bermula.

“Sekarang ini, pihak PLUS sedang dalam proses mengalihkan aset-aset mereka dari kawasan itu dan apabila telah sempurna, barulah kerja-kerja meroboh struktur bangunan akan dapat dibuat.

“Kita turut dimaklumkan bahawa program pengurusan trafik juga akan dijalankan bagi memastikan aliran trafik tidak terganggu semasa kerja-kerja perobohan sedang dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Hospital Parit Buntar di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat kenyataan daripada segelintir pihak terutama pengguna lebuh raya berkenaan yang mahu plaza tol itu dirobohkan selepas berlaku beberapa kemalangan meragut nyawa.


Beliau berkata, pihaknya berharap pengguna lebuh raya itu berwaspada dan tidak memandu dalam keadaan berbahaya, sekali gus mengelak daripada berlaku kesesakan dan kemalangan yang boleh meragut nyawa.

“Saya menyeru pengguna jalan raya supaya berhati-hati sebab akhirnya yang menentukan kita selamat atau tidak di jalan raya adalah diri kita sendiri. Kita kena pandu secara berhemah dan pastikan berjaga-jaga untuk elakkan sebarang kemalangan tidak diingini daripada berlaku,” katanya. – BERNAMA

Kategori