• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilihan Raya Thailand Februari 2019 – Junta

oleh Ahmad Albab
28/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Ketua junta Thailand berkata semalam, pilihan raya yang sekian lama dijanjikan bakal diadakan selewat-lewatnya Februari 2019, tiga bulan lewat daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini.

Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha yang merampas kuasa pada 2014 berulang kali mungkir untuk mengadakan pilihan raya sambil menguatkuasakan undang-undang bagi melarang perhimpunan politik tidak lebih lima orang.

“Saya katakan dengan jelas, pilihan raya akan diadakan selewat-lewatnya Februari 2019,” katanya.

Beliau sebelum itu berkata, pilihan raya mungkin diadakan November tahun ini.

Walaupun dengan tarikh lanjutan itu, Prayut berkata, tarikh itu juga ‘bergantung kepada situasi negara’ dan menggesa media ‘berhenti bertanya bila pilihan raya diadakan’.

Rejim itu berkata, ia terpaksa menggulingkan sebuah kerajaan dipilih bagi membantu memulihkan kestabilan selepas sedekad pergolakan politik.

Namun ketika ulang tahun rampasan kuasa pada Mei ini semakin hampir, kesabaran terhadap pemerintahan tentera semakin menipis dan penunjuk perasaan kembali memenuhi jalanan walaupun larangan mengadakan perhimpunan.

Sekurang-kurangnya 40 orang didakwa selepas menghadiri perhimpunan prodemokrasi bulan ini dan aktivis baru-baru ini melancarkan bantahan mingguan secara berterusan.

Siri skandal profil tinggi mendalamkan perasaan tidak senang terhadap junta, dengan kemarahan meningkat ditujukan kepada orang nombor dua Prayut, Prawit Wongsuwan, yang disiasat kerana mengumpul 24 jam mewah dan gagal diisytiharkan dalam asetnya. – AFP/BH ONLINE

Tags: Pilihan RayaThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd