• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Sumbangsih 2018: JDT Benam Kedah 2-1

oleh
04/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HEBAT… Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Liga Super 2018 dengan langkah kanan apabila menumpaskan Kedah 2-1 dalam perlawanan Sumbangsih lewat Sabtu.

Kemenangan bergaya tersebut malahan dilakar di laman sendiri iaitu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru sekali gus menjulang Piala Sultan Ahmad Shah untuk kali ketiga selepas melakukannya pada 2015 dan 2016.

Walaupun skuad Harimau Selatan dikejutkan dengan 0-1 hasil jaringan awal Pablo Palares pada minit ke-15, pasukan tuan rumah menunjukkan semangat juang tinggi dan bangkit menerusi jaringan Luciano Figueroa serta Marcos Antonio.

Lebih manis, ia membolehkan skuad bimbingan Ulisses Morais itu melunaskan dendam kalah kepada Kedah 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan sumbangsih di tempat sama pada tahun lalu.

Terdahulu pada separuh masa yang pertama, kesilapan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi sendiri apabila menghantar bola kepada Da Silva membuka jalan kepada skuad Helang Merah menerobos gawang untuk memperoleh gol pembukaan.

JDT yang terus mengasak kubu pelawat namun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-28 selepas Figueroa menanduk bola melepasi jangkauan Mohd. Ifwat Akmal selepas menerima hantaran daripada Safiq Rahim.

Ketika separuh masa kedua pula menyaksikan tuan rumah cuba untuk mengekalkan rentak serangan pantas namun penjaga gol Kedah, Mohd. Ifwat berjaya menafikan beberapa percubaan yang berbahaya oleh pemain JDT.

Kerja keras JDT akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-58 apabila Antonio berjaya menyempurnakan hantaran kemas daripada Corbin Ong untuk mendapatkan gol kemenangan skuad kelab selatan tanah air tersebut.

Piala Sultan Ahmad Shah yang diperkenalkan sejak 1985 dengan Selangor muncul juara pertama apabila menumbangkan Pahang 2-1 di Stadium Merdeka, lazimnya dianggap perlawanan pembukaan tirai liga bola sepak tempatan.

Setakat ini, skuad Gergasi Merah paling banyak meraih piala itu sebanyak lapan kali diikuti Pahang, Kuala Lumpur, Kedah, Perak dan JDT masing-masing sebanyak tiga kali serta Perlis dua kali. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: JDTPiala Sumbangsih
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ketika pemilik pasukan memiliki akses istimewa, khas dan premium di stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak namun pemilik...

Sempoi, Merakyat: Pemangku Sultan Johor Layan Bola Di Kedai Mamak

Sempoi, Merakyat: Pemangku Sultan Johor Layan Bola Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

SUASANA di sebuah kedai mamak di Desaru bertukar luar biasa malam tadi apabila Pemangku Sultan Johor dilihat santai bersama keluarga,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd