• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pangkalan Laut Kekang Jenayah Rentas Sempadan

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pewujudan tiga pangkalan laut di perairan timur negeri ini menjadi faktor penting kepada tindakan mengekang pencerobohan dan penculikan oleh anasir jahat.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brig Jen Zarondin Md Amin berkata ia membabitkan aset kapal Auxilari Tun Azizan (KA TAZ), Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR) dan Bunga Mas 5 (BM 5) ditempatkan di beberapa lokasi strategik di sekitar perairan timur negeri ini.

Katanya tiga pangkalan laut ini berkesan bagi memastikan kawalan keselamatan di perairan negara terjaga sepanjang masa.

“Ini penting bagi membendung perkara yang tidak diingini atau seumpamanya seperti yang berlaku semasa pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.

“Kita akan sentiasa bersiap siaga mengekang sebarang kejadian buruk di kawasan perairan negara ini. Oleh itu, dengan adanya aset tersebut sekali gus dapat memberi impak positif dalam membantu meningkatkan keselamatan negara,” katanya.

Zarondin berkata keselamatan di perairan negeri ini khususnya di pantai timur pada masa sekarang berada dalam keadaan terkawal.

Katanya jika dibandingkan pada 2016, banyak kejadian berlaku melibatkan penculikan dan rompakan di sekitar perairan timur negeri ini tetapi pada tahun lepas tidak ada sebarang kejadian penculikan dan pencerobohan berlaku.

“Oleh itu, kita bersama dengan agensi keselamatan yang lain akan berusaha sebaik mungkin pada setiap masa untuk memastikan sebarang jenayah berjaya dibanteras di kawasan perairan ini demi memastikan keselamatan negara khususnya orang awam terjamin,” katanya.

Terdahulu, Zarondin menyampaikan sebanyak 10 komputer sumbangan Koperasi Tentera kepada Penyelia Kelas Membaca, Menulis dan Mengira (3M) Sarjan Mohd Amran Jaffar.

Kelas 3M itu beroperasi sejak 2000 iaitu ketika Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan pasukan beroperasi di Pulau Berhala untuk murid yang tidak dapat belajar di sekolah formal disebabkan tiada dokumen pengenalan diri.

Pembukaan kelas 3M ini merupakan program jiwa murni ATM sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat di pulau itu. – BERNAMA

​​​​​​

Tags: Brig Jen Zarondin Md Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Cabang Khidmat ATM Terus Awasi Perairan Sabah

21/07/2017
0

SEMPORNA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya – darat, laut dan udara – dalam mengawasi perairan Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd