• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Polis Digalak Guna Aplikasi VSP Cegah Jenayah

oleh Ahmad Albab
21/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Pesara polis digalakkan menggunakan sepenuhnya aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dalam usaha membantu mencegah jenayah di kawasan mereka.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim berkata langkah itu adalah satu daripada cara pesara polis untuk terus menyumbang kepada masyarakat setelah tidak lagi berada dalam perkhidmatan.

“Ini juga cara terbaik dalam membantu pihak polis mendapatkan maklumat awal terutama di kawasan yang besar. Seperti yang kita tahu, pesara polis ini mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam pemantauan jenayah.

“Jadi, saya amat galakkan mereka ini gunakan sepenuhnya VSP untuk bantu masyarakat dan juga pegawai di kawasan mereka,” katanya ketika berucap pada sesi dialog Program High Profil Policing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar, ketua-ketua jabatan dan lebih 100 peserta termasuk pesara polis, penghulu, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat.

Zainal Abidin berkata aplikasi yang dilancarkan pada Mac 2017 itu amat mudah, pantas dan efisien dengan pesara polis boleh menyalurkan maklumat berbentuk gambar, video dan suara dari lokasi kejadian jenayah atau bencana dan ia terus sampai kepada pihak polis.​​​​​ – BERNAMA

Tags: Pesarapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd