• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjuangan Pembangkang Kabur, Tak Boleh Dipercayai

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TENOM – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Radin Malleh berkata rakyat harus menolak perjuangan parti-parti pembangkang kerana matlamat perjuangan mereka kabur dan tidak boleh dipercayai.

“Suatu ketika dahulu (ada antara) mereka pernah menjawat jawatan penting dalam kerajaan… ada yang (pernah) menjawat jawatan timbalan ketua menteri, menteri kanan kerajaan Persekutuan dan timbalan menteri (Persekutuan).

“… Mereka (dahulunya) adalah pembuat keputusan yang menyokong dasar-dasar kerajaan, tetapi apabila mereka berada dalam kumpulan pembangkang mereka lantang mengkritik kerajaan yang pernah memberi jasa kepada mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Pengundi Kampung Batu 90 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 84 pengundi muda menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS).

Justeru Radin mengajak rakyat agar terus bersama dan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang kerana perjuangan BN sangat jelas untuk membela nasib rakyat.

Radin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Melalap berkata, sokongan padu rakyat untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang sangat penting bagi memastikan program-program pembangunan kerajaan dapat diteruskan mengikut perancangan.

“Rakyat di kawasan ini memerlukan pembangunan dan ia adalah masa yang tepat untuk menyokong dan mengekalkan BN pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Mengenai penyertaan 84 pengundi muda itu ke dalam PBS, Radin berkata tindakan pengundi muda menyertai PBS serta memilih BN sebagai wadah perjuangan politik mereka perlu mendapat pujian. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Radin Malleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perkongsian Kuasa Pelbagai Kaum BN Jamin Kestabilan

19/04/2018
0

TENOM – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Radin Malleh berkata perkongsian kuasa pelbagai kaum dalam Barisan Nasional (BN)...

BR1M Bukti Prihatin Golongan Pendapatan Rendah

27/03/2018
0

TENOM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan rakyat berpendapatan rendah diberi perhatian khusus oleh kerajaan yang diterajui Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd