• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pensijilan Halal Malaysia Terbaik, Diiktiraf Dunia

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Pensijilan halal Malaysia merupakan antara yang terbaik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, kata Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata dunia kini melihat Malaysia sebagai sebuah negara peneraju kepada industri halal.

Terbaharu katanya, negara Brazil yang mahu memasarkan daging ke pasaran timur tengah telah diminta untuk mendapatkan pensijilan halal daripada Malaysia.

“Negara timur tengah membenarkan Brazil untuk memasarkan daging di negara mereka dengan syarat negara itu perlulah mendapatkan pensijilan halal daripada kita.

“Sebab itulah, kita kena kekalkan tahap profesionalisme dan piawaian kita di peringkat antarabangsa,” katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian sijil Profesional Eksekutif Halal (PHEP) di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.

Juga Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Roshada Hashim dan Pengurus Besar Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., Mohd Roslan Mohd Saludin.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata sebagai pelopor kepada industri halal antarabangsa, kerajaan tidak hanya sekadar berpuas hati dengan pensijilan halal yang diiktiraf sebaliknya terus berusaha menjadikan halal dapat diaplikasikan dalam segenap aspek.

“Halal kini bukan lagi dalam soal industri makanan malah telah merentasi pelbagai industri termasuklah farmaseutikal, kosmetik dan fesyen.

“Kita kena berbangga menjadi pelopor industri halal tetapi dalam masa yang sama kita kena menjadi ejen perubahan dan ekosistem halal ini memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya,” katanya.

Sementara itu, Dr. Roshada dalam ucapannya yang memetik laporan Thomson Reuters bertajuk ‘State Of The Global Islamic Economy Report 2017-2018’ berkata, nilai pasaran produk halal akan terus meningkat RM2 trilion (USD 54.7 bilion) setiap tahun dalam pelbagai sektor halal daripada sektor makanan, pelancongan, farmaseutikal dan kosmetik serta fesyen.

Justeru katanya, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) yang ditubuhkan USIM bagi melahirkan bakat halal adalah relevan bagi memenuhi keperluan sumber manusia untuk tujuan pensijilan halal dan memastikan pengeluar mempunyai integriti halal yang tinggi.

Katanya, sejak 2014, IHRAM telah berjaya melatih seramai 169 eksekutif halal melalui program PHEP.

“Penyertaan lebih 50 peratus peserta program ini adalah terdiri daripada pemain industri halal dan menunjukkan keyakinan dan kepercayaan pihak industri di atas kebolehan USIM dalam menganjurkan latihan profesional,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 86 peserta menamatkan latihan dan menerima sijil Profesional Eksekutif Halal daripada Asyraf Wajdi. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi DusukiSijil Halal Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd