• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Teksi Langkawi Dicadang Jalin Perkongsian

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Persatuan-persatuan pengusaha teksi di Langkawi dan syarikat-syarikat perkhidmatan e-panggilan seperti Uber dan GrabCar perlu berbincang bagi melihat kemungkinan menjalinkan perkongsian yang dapat memanfaatkan kedua-dua pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau sudah meminta pengendali perkhidmatan e-panggilan supaya membawa pengusaha teksi untuk bersama-sama dalam platform perkhidmatan mereka.

“Saya meminta Uber dan Grabcar untuk menjadikan mereka (pemandu teksi) sebagai rakan pemandu tetapi kita serahkan kepada pemandu teksi untuk berbincang (dengan Uber dan Grabcar),” katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum itu, beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Persatuan Teksi Malaysia (Petekma) Cawangan Langkawi dan Persatuan Tuan Punya Teksi Langkawi.

Nancy berkata isu Uber dan Grabcar adalah antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan kira-kira dua jam itu, yang turut dihadiri beberapa pegawai dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau turut menyatakan penghargaannya kepada semua anggota kedua-dua persatuan itu yang memahami kedudukan kerajaan dalam mewartakan undang-undang berhubung operasi perkhidmatan e-panggilan berikutan pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang diluluskan Parlimen pada tahun lepas.

Dalam pada itu, Nancy berkata SPAD kini dalam proses melaksanakan pemberian geran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana pemandu teksi Langkawi yang ingin berhijrah ke perkhidmatan e-panggilan.

Beliau berkata permohonan geran itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 Oktober lepas, boleh dibuat tidak lama lagi dan akan dilanjutkan ke tahun hadapan sekiranya mendapat sambutan daripada pemandu teksi.

Menurutnya anggota penguatkuasaan SPAD juga akan ditempatkan di Langkawi bagi melancarkan operasi teksi sebagai pengangkutan awam penting di pulau pelancongan ini.

“Saya juga sudah meminta SPAD untuk (kerap) menganjurkan perjumpaan dengan pemandu-pemandu teksi bagi membolehkan mereka memperolehi maklumat terkini tentang dasar-dasar kerajaan yang berkaitan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Nancy Shukri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SOP Baharu Umrah Wajibkan Dos Penggalak

29/01/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menggariskan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi perjalanan ibadah umrah yang akan...

Nancy Kempen Guna Bahasa Jawa

04/05/2018
0

SADONG JAYA - Memasuki hari ketujuh kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Batang Sadong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd