• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Cina Perlu Kembali Kepada BN

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Pengundi Cina di negara ini diseru supaya kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada PIlihan Raya Umum (PRU) ke-14 untuk memastikan kebajikan dan nasib mereka terus dijaga.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata masyarakat Cina tidak akan mendapat apa-apa pembelaan daripada pembangkang jika mereka berterusan memberikan sokongan kepada parti itu.

“Contohnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Pahang (DUN) Triang sendiri, apabila berlaku banjir mahupun apa-apa permasalahan, masyarakat Cina datang berjumpa dengan wakil MCA, Gerakan dan saya sendiri untuk mendapatkan bantuan kerana wakil rakyat DAP mereka tidak dapat membantu.

“Mereka hanya hadir untuk bersalam (apabila berlaku musibah dan keraian) dan tidak lebih daripada itu, datang tangan kosong…yang balik pun tangan kosong, calon yang nak bertanding pula, baru sekarang nampak muka, muncul lima tahun sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan dan penyampaian sumbangan kepada 1,100 warga emas masyarakat Cina dari Parlimen Bera sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kompleks Rakan Muda, di sini hari ini .

Sehubungan itu, Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata masyarakat Cina di negara ini perlu bijak menilai tentang perkara berkenaan kerana amat merugikan jika mereka memilih wakil rakyat yang tidak dapat membantu mereka di waktu kesusahan atau ditimpa bencana.

Berbeza dengan pembangkang katanya, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah banyak melaksanakan dasar-dasar untuk menjaga kebajikan masyarakat Cina termasuk dari segi sosial dan ekonomi.

“Untuk memastikan kebajikan masyarakat Cina terus terbela, ia harus diterjemahkan dengan memilih calon daripada BN pada PRU akan datang…setiap undi itu penting jangan dan sia-siakannya dengan memilih calon yang tidak boleh membantu rakyat.

“Ini kerana tujuan kita memilih wakil rakyat adalah untuk membantu selesaikan masalah, jadi dalam PRU nanti, undi jangan ikut emosi,” katanya.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata berdasarkan pemerhatian beliau, angin perubahan telah mula ketara apabila sokongan masyarakat Cina telah mula kembali kepada BN setelah mereka menyedari hakikat berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Dirawat Di IJN, Jangkitan Paru-Paru

Next Post

Contohi Semangat Muafakat PBB Dalam BN – PM

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

Next Post

Contohi Semangat Muafakat PBB Dalam BN - PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd