• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerima BR1M Diminta Bersabar, Rujuk LHDN

oleh Ahmad Albab
28/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta merujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekiranya bermasalah untuk mengeluarkan wang tersebut, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau turut meminta penerima BR1M agar bersabar dan memberi sedikit masa kerana bayaran skim tersebut dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun penerima.

“Pembayaran fasa pertama BR1M 2018 telah mula diagihkan Isnin lepas dan kepada penerima yang belum mendapatnya, perlulah menunggu sekurang-kurangnya dalam masa seminggu.

“Saya jangkakan menjelang Jumaat ini, 80 ke 90 peratus penerima akan mendapat pembayaran bantuan masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam.

Johari berkata penerima yang berdepan masalah seperti wang tidak dimasukkan ke dalam akaun boleh pergi ke mana-mana pejabat LHDN bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Pengagihan BR1M 2018 yang melibatkan peruntukan RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam tiga fasa.

Bayaran pertama BR1M mula dibuat Isnin lepas, manakala fasa kedua dan ketiga bakal dibuat pada Jun dan Ogos depan.

Dalam perkembangan lain, Johari berkata isu mengenai taikun Tan Sri Robert Kuok tidak dibincangkan pada mesyuarat kabinet hari ini kerana perkara itu bukan satu perkara berbangkit.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan beliau tidak pernah mempertikaikan sumbangan Robert Kuok kepada ekonomi negara.

“Pada saya, isu-isu yang dipolitikkan ini tidak lagi berbangkit dan tidak perlu dipanjangkan kerana perdana menteri sudah memberi penjelasan yang tepat mengenainya,” katanya.

Berhubung dakwaan sebuah portal bahawa beliau antara nama yang dicadangkan menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang, Johari berpendapat ia hanyalah satu rekayasa yang seolah-olah mahu ‘menghalaunya’ dari kerusi Parlimen Titiwangsa.

Katanya walaupun beliau anak kelahiran Selangor sebelum kawasan itu bertukar menjadi sebahagian Kuala Lumpur tetapi calon jawatan tersebut lebih sesuai diberikan kepada pemimpin dari negeri Selangor sendiri. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd