• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin KRT Berperanan Kukuh Perpaduan Rakyat

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Perlis, diseru agar meningkatkan peranan mereka dalam usaha mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata pada masa kini, pelbagai isu yang boleh menjejaskan kesejahteraan antara kaum sering timbul ekoran tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mengambil kesempatan.

“Dalam suasana hampir dengan pilihan raya umum misalnya, muncul pelbagai pihak dalam masyarakat yang mencetus pelbagai isu hingga boleh menggugat perpaduan negara.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab pemimpin KRT juga untuk menangani berita palsu dan bohong dengan menyampaikan maklumat sebenar atas setiap isu yang dibangkitkan,” katanya pada Majlis Aspirasi dan Apresiasi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional peringkat negeri di sini, malam tadi.

Azlan berkata, walaupun rakyat berbilang kaum di negara ini mempunyai fahaman politik yang berbeza, keamanan perlu dikekalkan agar negara terus makmur dan rakyat menikmati kesenangan hidup tanpa sebarang ancaman.

Pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional, Abd Halim Hassan itu, Azlan juga menyampaikan sijil anugerah pelbagai kategori kepada pemimpin KRT yang aktif di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd