• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Sabit Rasuah Boleh Digantung Seumur Hidup

oleh AK-47
26/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan tegas termasuk penggantungan seumur hidup terhadap mana-mana pemain yang didapati bersalah berhubung isu rasuah atau mengatur perlawanan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya akan menggunakan undang-undang sedia ada yang termaktub dalam peraturan FAM dalam mengambil tindakan terhadap pemain yang terlibat.

“Kita ada tindakan kita. Kalau mana-mana pemain kita ada prosedur. Mana-mana (pemain) yang disabit kesalahan, mengatur perlawanan akan digantung seumur hidup. Tak perlu nak spekulasi, benda tu dah ada dalam peraturan FAM.

Kita perlu lihat (isu bola sepak Sarawak) telah masuk pihak berkuasa ambil tindakan. Jika itu keputusannya kita kena akur,” katanya kepada pemberita selepas melawat bekas pemain bola sepak skuad Olimpik negara, V. Krishnasamy di Pusat Arumperumjothi Vallaral, di sini hari ini.

Pada 21 Feb lepas, Mahkamah Majistret Kuching membebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang lelaki disyaki ‘bookie’, yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Premier.

FAS sebelum ini menerima laporan mengenai ada pemain yang terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan, selepas Sarawak tumpas 2-3 menentang Felcra FC pada 10 Feb lepas, walaupun pada separuh masa pertama Sarawak sudah mendahului dengan jaringan 2-0.

Hamidin berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.

“Kita kena faham FAM ni ada Jawatankuasa Integriti dan Jawatankuasa Keselamatan. Kita ada sampai satu tahap yang dibenarkan iaitu apabila pasukan buat laporan kepada SPRM dan polis, kita perlu serah kepada pihak berkuasa ini.

Kita tak boleh ada spekulasi, kalau sekarang ini (keputusan) kata dia dibebaskan maka dia dibebaskanlah. Saya ingat semua pihak perlu akur dengan ini sama ada persatuan mahupun penyokong. Selebihnya adalah kuasa pihak berkuasa kita perlu mematuhi,” katanya.

Sementara itu, Krishnasamy, 70, yang menghidap diabetes sejak enam tahun lalu berharap dapat bertemu dengan rakan-rakan sepasukannya sewaktu zaman kegemilangan bola sepak pada tahun 1972.

“Kalau boleh saya nak berkumpul dengan rakan-rakan sepasukan terdahulu dan jalan 10 minit atas padang pun seronok. Dulu ada buat perjumpaan, tapi 10 tahun kebelakangan ini tak ada. Sudah lama saya tidak bertemu dengan mereka,” katanya.

Beliau yang beraksi di sukan Olimpik 1972 kini menginap di Pusat Arumperumjothi Vallaral dan menerima rawatan di pusat jagaan dan perubatan homeopati swasta itu di Batu Maung di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamidin Mohd Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAM Sedia Jadi ‘Orang Tengah’ Selesai Kemelut FAS

12/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia bekerjasama dengan Pesuruhjaya Sukan untuk menjadi pengantara kepada permasalahan yang melanda...

Harimau Malaya Diberi Sasaran Ke Final Piala AFF

17/10/2018
0

PETALING JAYA – Persatuan Bola sepak Malaysia meletakkan sasaran final kepada skuad Harimau Malaya pada saingan Piala AFF (Konfederasi Bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd