Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

4 Negara Bakal Wujud...

BAKU - Afghanistan, Turkmenistan, Azerbaijan, Georgia dan Turki telah memeterai satu perjanjian bagi...

Profesor Ulung Diberi Geran...

BANGI - Profesor Ulung akan diberi dana berbentuk geran penyelidikan bernilai RM300,000 bagi...

Biji Avokado Berpotensi Rawat...

HARRISBURG - Sejenis ekstrak daripada biji buah avokado didapati mampu mengurangkan bengkak dan...

Pekerja Hotel Mengaku Tidak...

SEREMBAN - Seorang pekerja hotel dan rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Pemain Kebangsaan Mulakan Langkah Kanan

KUALA LUMPUR – Kesemua pemain negara memulakan kempen Kejohanan Badminton Kebangsaan 2018 dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua pada perlawanan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) , Soong Joo Ven, turun selaku pemain pilihan keempat, menewaskan rakan sepasukannya Muhd Atef Haikal Muhd Taufik dengan straight set 21-15, 21-18 untuk menentang pemain Sabah, R.Satheishtharan pada pada pusingan kedua esok.

Turut mara ialah Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang mudah menewaskan pemain muda, Syahmi Mohd Nadzri dengan straight set 21-11, 21-10 untuk bertemu Chong Yee Han yang mengetepikan pemenang pusingan kelayakan, Loo Bing Kun, 21-11, 21-19.

Seorang lagi pemain BAM, Cheam June Wei mengalahkan Md Tahad Mohd Ziyad dari Selangor 22-20, 21-13 dan dijadualkan berdepan seorang lagi pemenang pusingan kelayakan, Rozain Faiz dari Terengganu yang mengetepikan pemain Selangor, J. Karypathevan dalam pertarungan ‘rubber-set’ 21-16,14-21, 21-18.

Perseorangan wanita pula diketuai oleh pemain pilihan pertama, Soniia Cheah yang mudah menewaskan wakil Selangor, R.Shalini dengan straight set 21-5, 21-9 manakala Goh Jin Wei menundukkan Samin Arena Satu dari Sabah 21-13, 21-8.


Juara bertahan, M.Thinaah turut cemerlang dengan kemenangan straight set mengalahkan Chew Jia Wern 21-9, 21-8 dan akan bertemu pemain Selangor, L. Karupathevan. – BERNAMA

Kategori