Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

660 Kes Positif COVID-19,...

PUTRAJAYA - Kes baharu positif COVID-19 hari ini kembali menurun tiga angka iaitu...

Mira Filzah Mengaku Rapat...

PELAKON dan pengacara cantik, Mira Filzah mengakui bahawa dia dan aktor, Zizan Razak...

Hukuman Mati Bukan Pencegahan...

KUALA LUMPUR - Hukuman mati yang dikenakan ke atas pesalah di negara ini...

UMNO Perlu Bersatu, Tiada...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta agar...

Pelancong Britain Sesat Dalam Hutan Teluk Nipah

PANGKOR – Seorang pelancong Britain diselamatkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor selepas sesat ketika mendaki bukit di Hutan Teluk Nipah di sini, malam tadi.

Difahamkan, lelaki berusia 35 itu sudah tiga hari melancong di pulau peranginan berkenaan dan masuk ke dalam hutan seorang diri pada jam 10 pagi semalam.

Selepas beriadah lelaki itu dikatakan mahu turun tujuh jam kemudian, namun gagal menemui jalan keluar.

Pelancong itu kemudian menghubungi pemilik sebuah chalet yang dicari di internet untuk memaklumkan kejadian itu selepas hari semakin gelap bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Operasi BBP Pulau Pangkor, Mohd Rosdi Che Dan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.22 malam sebelum sepasukan anggota ke lokasi berkenaan.

Katanya, berdasarkan maklumat, mangsa mendakwa keliru ketika mahu mencari jalan keluar dan selepas gagal menemui jalan pelancong terbabit mengambil keputusan menunggu di situ sementara bantuan tiba.


“Bertindak dari itu bomba memulakan pendakian pada jam 8 malam dan kira-kira dua jam selepas itu berjaya menemui mangsa di puncak bukit.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan, namun agak letih,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, bomba kemudian memberikan lelaki itu air dan roti sebelum membawanya turun ke bawah dan operasi tamat pada 11.05 malam. – BH ONLINE

*Video sekadar hiasan…

Kategori