• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar SK Petagas Terima Bantuan Persekolahan

oleh Ahmad Albab
01/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebanyak 654 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas, dekat sini hari ini menerima bantuan khas awal persekolahan (BKAP) RM100 setiap seorang.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan Datuk Arsit Sedi berkata bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa bagi kegunaan persekolahan anak masing-masing.

“Bantuan ini adalah satu daripada inisiatif kerajaan untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan dan sebelum ini juga kerajaan telah memberi pelbagai bantuan persekolahan seperti beg dan peralatan sekolah.

“Oleh itu, saya berharap kesemua yang mendapat manfaat daripada bantuan ini, menggunakannya sebaik mungkin untuk memastikan keperluan anak masing-masing di sekolah lengkap, sekali gus memastikan mereka dapat menjalani proses pembelajaran dalam keadaan yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan itu.

Beliau berkata pelajar yang menerima bantuan BKAP itu telah ditapis dan hanya pelajar yang benar-benar layak menerimanya.

“Untuk pengetahuan, pelajar yang mana ibu atau bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak menerima bantuan itu, namun mereka masih boleh menerima bantuan lain seperti beg sekolah yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini,” tambahnya.

Menerusi Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, kerajaan memperuntukkan RM328 juta untuk BKAP yang memberi manfaat kepada 3.2 juta pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Sementara itu, Arsit berkata rakyat khususnya di kawasan Putatan perlu terus menyokong kerajaan pada masa kini bagi memastikan semua bantuan yang disalurkan kerajaan kepada rakyat dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang.

“Banyak bantuan yang disalurkan oleh kerajaan…contohnya saya difahamkan kerajaan telah meluluskan pembinaan 21 bilik darjah dan satu makmal sains di SK Petagas dan pembinaannya akan dimulakan selepas perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bantuan Persekolahanpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd