• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemerasan: Pekerja Kilang, Bekas Suami Didakwa

oleh Ahmad Albab
19/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pekerja kilang dan bekas suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki membabitkan wang berjumlah RM6,800 tiga tahun lalu.

Muhammad Kasim A Zamzami, 24, dan Noraniza Jelani, 30, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, mereka didakwa sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Yap Ing Choon, 34, untuk membuat laporan polis kerana dia telah menghantar video lucah melalui telefon kepada Noraniza.

Kedua-dua tertuduh didakwa meminta mangsa menyerahkan wang masing-masing sebanyak RM1,000, RM800, dan RM5,000 kepada Noraniza menerusi akaun Maybank milik Noraniza untuk mereka tidak membuat laporan polis.

Mereka melakukan pemerasan itu menerusi telefon bimbit milik Noraniza kepada Yap di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di sini antara 12 Jun hingga 18 Jun 2015, antara 12 tengah hari hingga 2 petang.

​​​​​​​​​​​​​​Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan dan menetapkan 26 Feb ini bagi sebutan semula kes.

Terdahulu, dalam mahkamah yang sama, Muhammad Kasim mengaku tidak bersalah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Yap untuk membuat laporan polis kerana menghantar video lucah melalui telefon kepada Noraniza.

Muhammad Kasim yang tidak bekerja itu didakwa meminta mangsa menyerahkan wang berjumlah RM10,000 secara berperingkat kepadanya dan Noraniza di JPJ Perak di sini, kira-kira 12 tengah hari hingga 2 petang, 30 Jun 2015.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah membenarkan Muhammad Kasim diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Feb untuk sebutan semula kes.

Kesemua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Rais Imran Hamid manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahpemerasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd