• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDIP Umum Jokowi Calon Presiden 2019

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) hari ini secara rasmi mengumumkan Joko Widodo sebagai calon presiden pada pilihan raya presiden (Pilpres) 2019.

Menurut laporan agensi berita ANTARA, pencalonan Joko untuk penggal 2019-2024 itu diputuskan pada Rapat Kerja Nasional parti itu yang diadakan secara tertutup di Pulau Bali hari ini.

Sementara itu media dalam talian melaporkan Ketua Umum PDIP Megawati Soekarnoputri yang mengumumkan pencalonan Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi itu, namun masih belum memutuskan berkenaan pasangannya (calon timbalan presiden) pada Pilpres nanti.

Jokowi, 57, dilihat calon terbaik untuk memenangi Pilpres 2019, dan para pemerhati politik di Indonesia meramalkan Jokowi akan terus mendapat mandat untuk penggal keduanya itu.

Beliau mula menjawat jawatan presiden Indonesia ke-7 pada 20 Okt 2014 selepas menang pada Pilpres 2014, bersama pasangannya, Timbalan Presiden Jusuf Kalla.

Jokowi sebelum ini pernah menjawat jawatan Gabenor Jakarta pada 2012 hingga 2014.

Media Indonesia menyifatkan 2018 sebagai tahun politik apabila proses pendaftaran Pilihan Raya Kepala Daerah (Pilkada) Indonesia yang bermula 8 Jan lepas, mula memberi gambaran awal kepada proses pencalonan presiden pada Pilpres 2019.

Ketua Komisi Pemilihan Umum (KPU) Arief Budiman berkata proses pengundian bagi Pilkada 2018 dijadualkan pada 27 Jun 2018 depan manakala pendaftaran bagi pencalonan presiden adalah pada Ogos 2018 dan pengundian Pilpres akan berlangsung pada April 2019. – BERNAMA

Tags: Jokowi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

02/06/2023
0

JOGJAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) makan di warung kaki lima yang menjadi legenda di Jogjakarta milik Pak Pele...

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

12/10/2022
0

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa kadar inflasi di Indonesia masih terkawal walaupun selepas kenaikan harga bahan api...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd