• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Calon BN Mampu Selesai Isu Rakyat

oleh Ahmad Albab
24/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor akan memastikan bakal calon yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) bukan sahaja mampu memenangi kerusi malahan dapat menyelesaikan isu-isu berkaitan permasalahan rakyat.

Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pendekatan itu berbeza dengan pembangkang yang hanya mahu memenangi kerusi dan membawa isu nasional sahaja.

“Kita sedar bahawa kos sara hidup semakin meningkat tetapi masalah ini bukan sahaja dialami di negara kita malahan negara lain juga.

“Justeru, kerajaan negeri terus melaksanakan pendekatan intervensi dalam menyelesaikan masalah bagi menangani isu yang dihadapi rakyat, antaranya memperkenalkan program Era Johor supaya rakyat dapat menjana pendapatan yang lebih atas usaha bersama masyarakat serta menyediakan pendidikan percuma dan subsidi tambang bas untuk rakyat.

“Kalau semata-mata nak letak nama besar hanya untuk bawa isu nasional dan ingin menang kerusi sahaja, dia (pihak pembangkang) tidak mungkin dapat penuhi kehendak dan keperluan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Scientex di Pasir Gudang, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika mengulas mengenai bayangan Pakatan Harapan yang bakal meletak dan menghantar nama-nama besar di negeri ini pada PRU akan datang iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nurul Izzah Anwar.

Semalam, Pengerusi Bersatu Parlimen Pontian Zulkifli Tasrep dilaporkan sebagai berkata Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu pernah menyebut boleh bertanding di mana-mana kerus Parlimen termasuk Parlimen Pontian.

Zulkifli turut berkata percakapan Dr Mahathir seharusnya tidak diperlekeh kerana bekas perdana menteri itu mempunyai fikiran cukup tajam dalam dunia politik.

Sementara itu, Mohamed Khaled menafikan dan menidakkan pelbagai andaian dan hasil kajian sesetengah pihak seperti laporan Merdeka Centre baru-baru ini yang mengatakan keadaan BN Johor semakin goyah.

Terdahulu, beliau turut mengumumkan bantuan sebanyak RM200,000 oleh kerajaan negeri untuk pihak sekolah membina sebuah dewan terbuka. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

Johor Rekod Pelaburan Tertinggi Sejarah Malaysia RM110 Bilion

Johor Rekod Pelaburan Tertinggi Sejarah Malaysia RM110 Bilion

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU - "Syukur Alhamdulillah Johor memecahkan rekod sebagai negeri yang mencatat jumlah pelaburan tertinggi dalam sejarah Malaysia"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd