• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Pembangkang Di Sabah Berjuang Berpaksi Emosi

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Parti pembangkang di Sabah berjuang dengan berpaksikan emosi dan bukannya untuk membela hak rakyat negeri ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Pemimpin parti pembangkang di negeri ini hanya mengamalkan emosi… tidak (dipilih) jadi calon dan tidak dilayan (seperti diinginkan) bertindak keluar parti.

“Mereka tidak memahami perjuangan rakyat Sabah, bagaimana untuk mereka memperjuangkan hak-hak Sabah daripada kerajaan pusat,” katanya.

Salleh yang juga bendahari UMNO berkata demikian ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut di Dataran Terbuka Tongod dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kuamut Datuk Masiung Banah.

Salleh berkata berbanding pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri ini telah terbukti mampu menyuarakan hak rakyat Sabah kepada kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya Najib juga menghormati dan telah menunjukkan komitmen dalam memberi perhatian terhadap hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berkata Najib juga telah memberikan komitmen bahawa kalau ada hak Sabah yang terambil secara tidak sengaja oleh pihak kerajaan persekutuan akan dikembalikan kepada negeri itu.

Salleh berkata antara pengiktirafan diberikan oleh kerajaan pusat terhadap Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia adalah pelaksanaan cuti umum pada 16 Sept.

Beliau juga berkata pewujudan jawatankuasa khas bagi mengkaji hak Sabah dipengerusikan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menunjukkan perhatian kerajaan pusat terhadap permintaan rakyat negeri ini.

“Kita di BN (Barisan Nasional) akan menentukan agar hak Sabah sentiasa diperjuangkan. Hak Sabah bukan milik pembangkang tetapi milik kita.

“Kita menentukan agar Sabah tidak kehilangan haknya, keistimewaan dan menikmati pembangunan seperti yang diharapkan oleh mereka yang terlibat dalam pembentukan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Salleh berkata penting untuk mengekalkan kerajaan BN sedia ada yang mampu menentukan kesinambungan kestabilan negara, menyediakan peluang ekonomi kepada rakyat dan perancangan masa depan.

Katanya tiga faktor itu penting bagi memastikan keamanan negara, keharmonian rakyat dan ekonomi serta dalam melaksanakan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd