• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parkir Bertingkat Siap Tahun Ini – Tengku Adnan

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas dan Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, di sini bakal menikmati kemudahan parkir lapan tingkat yang masing-masing dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan dan akhir tahun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek parkir bertingkat berkenaan dapat mengatasi masalah parkir di kedua-dua kawasan sekali gus memberi keselesaan kepada penghuni kawasan berkenaan.

“Projek parkir bertingkat bernilai kira-kira RM35.2 juta di PA Desa Rejang ini dapat memuatkan sebanyak 667 kenderaan yang dilengkapi dengan gelanggang futsal di atasnya manakala parkir bertingkat bernilai RM26.2 juta di PPR Kampung Baru Air Panas dibina dengan kapasiti 572 kenderaan dalam satu masa.

“Selain itu, kita juga sedang merancang untuk bangunkan tempat letak kereta yang mudah dan baharu seperti di negara maju antaranya Jepun dan United Kingdom yang menggunakan ‘metal decking’ yang membolehkan lebih banyak ruang parkir dimuatkan sehingga dua kali ganda tanpa memakan ruang yang banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Setiawangsa dan Pusat Komuniti Setiawangsa, di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata pusat komuniti berkenaan yang berkeluasan 1.37 hektar dilengkapi dengan dewan serbaguna berserta penghawa dingin, tadika, perpustakaan, bilik warga emas, bilik-bilik aktiviti, surau, trek joging dan taman permainan dilengkapi dengan kawalan keselamatan itu siap sepenuhnya pada Januari lepas.

Kira-kira 5,000 pengunjung terdiri daripada penduduk pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan majlis hari ini yang bertemakan ‘Wilayahku Ceria Rakyat Sejahtera’. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd