• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Olimpik Musim Sejuk: Julian Gagal Ke Pusingan Akhir

oleh Ahmad Albab
16/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Atlet luncur ais Malaysia Julian Yee yang membuat penampilan sulung negara dalam Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan hari ini, gagal mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki acara itu.

Dalam saingan yang berlangsung di Gangneung Ice Arena untuk memilih 24 daripada 30 peserta ke pusingan akhir esok, Yee terlepas peluang itu hanya dengan perbezaan 1.15 mata yang memaksanya berada di tangga ke-25.

Atlet berusia 21 tahun itu yang merupakan peluncur ais pertama dari negara tropika yang layak ke Olimpik Musim Sejuk bagaimanapun tidak menghampakan apabila berjaya membaiki catatan mata ‘season’ terbaiknya pada 73.58 mata, di belakang atlet Jerman Paul Fentz yang mengisi slot terakhir ke pusingan kelayakan dengan catatan 74.73 mata.

Catatan ‘season’ terbaik Julian untuk program pendek sebelum ini ialah 71.93 mata.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang beraksi dengan iringan gubahan ‘To Build a Home’ oleh The Cinematic Orchestra, mempamerkan keyakinan sepanjang persembahan tersebut yang hanya dicalari kesilapan kecil, membolehkannya meraih 38.37 mata untuk elemen teknikal dan 35.21 mata dari segi persembahan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tunku Imran Tuanku Jaafar adalah antara sebilangan kecil penyokong Malaysia yang berada di arena itu bagi memberi sokongan kepada atlet negara.

Juara bertahan, Yuzuru Hanyu dari Jepun yang kembali selepas mengalami kecederaan, mencatatkan mata tertinggi 111.68 mata, diikuti atlet Sepanyol Javier Fernandez (107.58 mata) dan seorang lagi atlet Jepun, Shoma Uno (104.17 mata).

Untuk program pendek, setiap peluncur diperuntukkan durasi maksimum dua minit 40 saat (+/-10s) manakala bagi luncur bebas setiap peserta diberikan sehingga empat minit (+/-10s).

Acara luncur bebas akan berlangsung 10 pagi esok (9 pagi waktu Malaysia) di venue sama.

Seorang lagi atlet Malaysia, Jeffrey Webb yang juga wakil terakhir negara dalam temasya Olimpik Musim Sejuk, akan bersaing dalam acara giant slalom pada Ahad dan slalom pada Khamis. – BERNAMA

Tags: Olimpik PyeongChang 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Olimpik Musim Sejuk 2018 Tingkat Hubungan Negara

08/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-23 dan Sukan Paralimpik akan diadakan di PyeongChang, Korea Selatan pada Feb 2018....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd