• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Ramal Jodoh ‘Awek Cendol’ Tak Panjang?

oleh
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK minggu lalu, laman media sosial kecoh dengan sebuah rakaman memaparkan seorang gadis merengek manja dalam keadaan kepanasan dan kelaparan.

Rakaman berdurasi pendek yang telah dimuat naik oleh teman lelaki wanita itu ternyata mencuri perhatian netizen khususnya di Facebook.

Kelakuan ‘manja’ gadis itu turut menjadi bahan gelak dalam kalangan netizen sehinggakan muncul pelbagai video parodi yang meniru aksi pasangan berkenaan.

Baca: Video Gadis ‘Manja Lapar’, Empunya Diri Beri Penjelasan

Meskipun dikutuk teruk, teman lelaki kepada wanita itu, Muhammad Aiman Amar berasa bangga apabila mereka dijemput menjadi tetamu bagi salah sebuah slot dalam rancangan bual bicara terbitan Astro iaitu Motif Viral.

Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Aiman menerusi laman sosial miliknya dengan memuat naik sekeping foto memaparkan mereka bersama tiga pengacara rancangan tersebut pada Isnin (semalam).

“Menangislah encik makcik bawang semua. Astro dah panggil kitorang. Lagi, lagi Nija banyak job lepas ni. Alhamdulillah.. Dalam dengki dengki korang tu ada juga korang selit rezeki. Hehehe.. Terima kasih bawang-bawang semua #hidupcendol,” tulisnya menerusi entri tersebut.

Ekoran perkara itu, pasangan itu sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila ramai antara mereka mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.

Sebahagian besar memfokuskan kepada satu isu.

Rata-rata netizen ‘meramalkan’ hubungan pasangan dua ‘sejoli’ ini tidak akan bertahan lama selain turut menyelar tindakan teman lelaki wanita berkenaan yang berbangga secara berlebihan.

Ini kerana mereka ‘bimbang’ dunia glamour akan menyebabkan awek cendol yang comel itu bakal dikejar ramai lelaki kaya.

Usia kedua mereka yang terlalu muda kata para netizen boleh turut menjadi punca.

Bagaimanapun, ia hanya pandangan peribadi netizen semata-mata dan siapa kita nak menjadi malaikat ‘penghukum’ mengenai soal jodoh kan?

Mana kita tahu, mungkin cinta mereka makin kukuh dan awek cendol makin manja selepas ini sehingga teman lelaki nak kentut kuat kat sebelah pun takut dia menangis.

Sehingga kini, video berkenaan dilihat terus menjadi tular dan mendapat perhatian dalam kalangan netizen. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: cendol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

500 Rumah PR1MA Berdekatan Kampus UniSZA

Next Post

Felda Akan Bawa Masuk 20,000 Benih Kelapa

Related Posts

Murah Tapi Berharga, Mas Kahwin Segelas Cendol

18/02/2019
0

INDONESIA - Segelas cendol dipilih sebagai mas kahwin buat pasangan pengantin baru di Indonesia hingga tular di media sosial. Tidak...

Peniaga Hasilkan Cendol Dari Beras Basmathi

03/12/2018
0

BUTTERWORTH – Cendol kebiasaannya diperbuat daripada tepung beras, namun seorang peniaga membuat kelainan dengan menggunakan beras basmathi bagi menghasilkan pencuci...

Next Post

Felda Akan Bawa Masuk 20,000 Benih Kelapa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd