• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Akan Jumpa Pengedar, Vendor Proton

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bimbang terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi pengedar dan vendor Proton Holdings Bhd, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Pihak saya buat masa ini sedang mengumpul maklumat dan saya bercadang untuk berjumpa mereka dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Y-Biz Challenge 2018 SME Bank dan MySMEBank System Application Online di sini, hari ini.

Mustapa berkata demikian ketika ditanya sama ada insentif khas akan disediakan untuk membantu pengedar Proton menaik taraf perniagaan mereka.

Semalam, Proton menggesa pengedarnya untuk menaik taraf pusat jualan mereka untuk mengintegrasikan jualan, perkhidmatan dan alat ganti .

Ia berbertujuan antara lain meningkatkan rangkaian pengedar dan meningkatkan kepuasan pelanggan menerusi pengalaman jualan dan perkhidmatan yang lebih baik.

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) baru-baru ini mendakwa yang Proton, di bawah pengurusan baru telah menyimpang daripada objektif asalnya untuk mempromosikan agenda Bumiputera.

Proton berkata, rakan strategik asing adalah penting untuk memulihkan kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran kereta Malaysia dan mengembangkan jenama di dalam dan di luar negara, yang menjadi penggerak utama bagi rancangan perniagaan syarikat itu pada masa depan.

Pengeluar kereta nasional itu sedar wang yang banyak perlu dibelanjakan pengedar, dengan itu ia memperkenal skim khas bagi membantu mereka dalam usaha menaik taraf kepada premis mereka.

Zhejiang Geely Holdings Group dari China memperoleh 49.9 peratus kepentingan dalam Proton tahun lalu dalam usaha memulihkan syarikat kereta yang bermasalah tersebut.

Sementara itu, SME Bank hari ini menerokaa era digital dengan membuka pendaftaran Y-Biz Challenge 2018 SME Bank melalui platform dalam talian untuk menyediakan cara yang lebih mudah untuk pelajar, guru dan sekolah untuk menyertainya.

Ia juga memulakan inisiatif berkenaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatannya melalui metodologi Strategi Lautan Biru dengan memperkenalkan sistem aplikasi dalam talian yang dipanggil MySMEBank untuk pelanggan memohon pembiayaan.

Dengan slogan ‘Memohon setiap masa di mana sahaja’, sistem aplikasi dalam talian itu bertujuan menawarkan pengalaman pelanggan digital penuh yang lengkap kepada pelanggan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa MohamedProton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd